web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Terapi Bantuan Kuda Bantu Perkembangan Kanak-Kanak Autisme 

Kisah Kita Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2024 8:10PM

Kanak-kanak istimewa, Ali Uwais Abqari Ali Imran menjalani terapi berkuda di Equine Resort. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

YAN - Selepas tiga tahun menjalani terapi bantuan kuda (equine-assisted therapy - EAT), seorang kanak-kanak berkeperluan khas menunjukkan perkembangan positif dari segi komunikasi dan tingkat lakunya.

Bapa kanak-kanak itu, Ali Imran Amir, 41, berkata, anaknya Ali Uwais Abqari, 11, yang juga kanak-kanak autisme, kini sudah boleh mendengar arahan dan memberi tindak balas, selain mampu untuk fokus ketika berinteraksi dengan rakan-rakannya.

"Anak saya ni ada beberapa ketakutan, dulu dia takut dengan binatang-binatang besar seperti rusa tapi sekarang tidak lagi dan satu benda yang saya kagum, dulu dia susah terima arahan, sekarang nampak dia boleh menerima arahan.

"Cara bercakap dan komunikasi dengan kawan juga nampak perubahan, dari awal dulu dia tidak bercakap dan banyak berkhayal, sekarang bila saya bercakap dia boleh terima dan dia faham," katanya ketika ditemui BERNAMA di Equine Resort di sini, hari ini.

Menurut Ali Imran yang bertugas sebagai pesuruhjaya sumpah di Pendang, anaknya dikesan mempunyai ciri-ciri autisme pada usia tiga tahun dan sejak itu dia dan isteri berusaha mendapatkan terapi untuk cahaya mata mereka itu.

Beliau kemudian dipertemukan dengan seorang pengurus kandang dan pelatih kuda di Equine Resort dan berbincang mengenai terapi untuk anaknya menerusi EAT.

Ali Imran seterusnya bersetuju mencuba rawatan itu untuk anaknya memandangkan khidmat tersebut tidak banyak disediakan di negara ini, khususnya dalam membantu kanak-kanak berkeperluan khas termasuk autisme.

"Alhamdulillah selepas beberapa tahun saya nampak anak saya punya kemajuan dan kita teruskan lagi terapi di sini selepas tengok perkembangannya sangat-sangat positif," katanya.

Seorang lagi waris kanak-kanak autisme, Sakinah Isa, 33, berkata, hari ini kali pertama beliau mencuba terapi EAT di Equine Resort bagi anaknya Hifzillah Mujaddidi Nasrullah Mujaddidi, 7, yang lambat bercakap dan mempunyai masalah pembelajaran.

"Saya baharu saja tahu tempat ini ada sediakan terapi untuk kanak-kanak berkeperluan khas, jadi saya cuba dan tengoklah nanti perkembangannya macam mana, kita ikhtiar apa yang boleh," katanya yang bekerja di sebuah syarikat swasta.

Sementara itu, pengurus kandang dan jurulatih kuda di Equine Resort Mohammad Syamsul Ali berkata, setakat ini tiga kanak-kanak berkeperluan khas sedang menerima terapi EAT di situ.

Katanya, setiap kanak-kanak tersebut mempunyai masalah tersendiri antaranya fizikal yang lemah, masalah komunikasi dan sukar untuk memberikan tumpuan.

"Jadi kita latih mereka berinteraksi dengan kuda, bercakap dengan kuda dan memberi arahan kepada kuda. Kita cuba latih sebagai penunggang juga, walaupun dia kanak-kanak istimewa. Ada peningkatan dari segi komunikasi dan keyakinan mereka selepas diberikan terapi ini," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Cabaran Membesarkan Anak Autistik

2

Rencana 3 bulan yang lalu

Autisme: Masyarakat Semakin Memahami, Namun Penjaga Perlukan Lebih Banyak Sokongan

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Polis Sahkan Kematian Kanak-Kanak Autisme Di Taman Tasik Rekreasi Tiada Unsur Jenayah

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Polis Rakam Semula Keterangan Ibu Bapa, Individu Jumpa Mayat Zayn Rayyan

Sorotan

1

KL City Atasi Selangor 1-0 Di Laman Sendiri

2

Pintu Pagar Balai Polis Tutup Lepas 10 Malam Susulan Insiden Ulu Tiram – Saifuddin

3

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

4

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

5

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari