web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Sahkan Kematian Kanak-Kanak Autisme Di Taman Tasik Rekreasi Tiada Unsur Jenayah

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Feb 2024 8:09AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  - Polis tidak menemukan sebarang unsur jenayah dalam kes kematian seorang kanak-kanak lelaki yang ditemukan lemas di sebuah taman tasik rekreasi di Sea Park, Petaling Jaya, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Shahrulnizam Ja'afar berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh hari ini mendapati tiada kesan kecederaan atau penderaan pada anggota badan mangsa yang berusia lima tahun.

"Doktor mengklasifikasikan punca kematian mangsa adalah mati lemas dan siasatan di lokasi kejadian tidak menjumpai sebarang unsur jenayah," katanya dalam kenyataan, semalam.

Susulan itu, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, namun Shahrulnizam berkata, pihaknya meneruskan siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabaian dan kecuaian oleh penjaga.

Shahrulnizam berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan mangsa yang juga pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) autisme kira-kira jam 6.30 petang, kelmarin.

Beliau berkata, mangsa dikatakan hilang ketika bermain di kawasan rekreasi terbabit bersama kembarnya, sementara bapa mangsa didakwa tertidur semasa sedang memerhatikan anaknya.

Katanya, mayat mangsa kemudiannya ditemukan terapung di permukaan tasik iaitu kira-kira empat meter dari tebing tasik pada jam 6.50 petang oleh orang awam. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Cabaran Membesarkan Anak Autistik

2

Rencana 6 bulan yang lalu

Autisme: Masyarakat Semakin Memahami, Namun Penjaga Perlukan Lebih Banyak Sokongan

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Ditemukan Lemas Di Kolam Tadahan

4

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Terapi Bantuan Kuda Bantu Perkembangan Kanak-Kanak Autisme 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia