web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Rakam Semula Keterangan Ibu Bapa, Individu Jumpa Mayat Zayn Rayyan

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 Dec 2023 2:51PM

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid (kiri) meninjau lokasi penemuan mayat kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mattin berhampiran Apartmen Idaman, Damansara Damai hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis sekali lagi mengambil keterangan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin semalam, bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP, Mohd Fakhrudin Abd Hamid berkata, polis juga akan merekodkan keterangan beberapa pihak lain termasuk pengasuh Zayn Rayyan dan individu pertama yang menjumpai mayat kanak-kanak itu di aliran sungai berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya, Rabu lepas.

"Kita (polis) dalam proses mendapatkan keterangan secara fizikal dan apa-apa yang boleh membantu siasatan bagi mengesan suspek.

"Siasatan untuk mencari bukti juga akan tertumpu kepada keseluruhan kawasan apartmen ini dengan keluasan kira-kira lapan hektar selain terhadap penghuni Blok R di Apartment Idaman yang berada dekat dengan lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau yang sebelum itu turut meninjau lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan memaklumkan, setakat ini belum ada sebarang rumusan berkaitan kes berkenaan berikutan keputusan bedah siasat baharu diperoleh semalam.

Mohd Fakhrudin berkata, Apartment Idaman mempunyai 18 blok dan lebih 2,400 unit rumah.

Sementara itu, tinjauan BERNAMA mendapati lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan dikawal pihak polis dengan pita kuning larangan melintas dipasang di kawasan belukar dan anak sungai, selain di Blok R di Apartment Idaman untuk mengelak gangguan di kawasan kejadian.

Pasukan penyiasat daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman turut kelihatan berada di kawasan kejadian sejak jam 9.30 pagi bagi mempergiat usaha mencari bukti terbaharu bagi melengkapkan siasatan.

Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan Zayn Rayyan yang ditemukan meninggal dunia di aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamannya, dipercayai dibunuh selepas proses bedah siasat mendapati terdapat kesan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak malang itu.

Kanak-kanak berusia enam tahun itu dibunuh di lokasi lain dan dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh 48 jam sebelum mayatnya diletakkan di anak sungai terbabit. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Cabaran Membesarkan Anak Autistik

2

Rencana 6 bulan yang lalu

Autisme: Masyarakat Semakin Memahami, Namun Penjaga Perlukan Lebih Banyak Sokongan

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Polis Sahkan Kematian Kanak-Kanak Autisme Di Taman Tasik Rekreasi Tiada Unsur Jenayah

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Kes Zayn Rayyan: Tawaran Ganjaran Tidak Ganggu Siasatan - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia