web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes Zayn Rayyan: Tawaran Ganjaran Tidak Ganggu Siasatan - KPN

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Feb 2024 9:07AM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Ganjaran RM20,000 ditawarkan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor kepada individu yang menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah terlibat pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin, tidak mengganggu siasatan kes berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ganjaran itu adalah usaha badan bukan kerajaan terbabit, sekali gus memberi ihsan terhadap keluarga kanak-kanak itu.

Mengulas jika terdapat individu tertentu mengambil kesempatan atas ganjaran ditawarkan, Razarudin berkata, polis tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara berkenaan setakat ini.

Beliau berkata demikian kepada BERNAMA, semalam selepas meninjau aliran trafik dari udara susulan cuti persekolahan dan perayaan Tahun Baharu Cina yang disambut hari ini.

Pada Selasa lalu, Timbalan Pengerusi MCPF Selangor, Datuk Seri A. Thaiveegan dilapor berkata, ganjaran diberikan sebagai satu daripada usaha memastikan individu terlibat dalam kes terbabit dapat segera dibawa ke muka pengadilan.

Pada 5 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang di Damansara Damai di sini sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokan harinya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan kerana mempertahankan diri, dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Mahkamah Tolak Saman Indira Gandhi Terhadap KPN, Kerajaan

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Lelaki Israel Akan Dituduh Esok - KPN

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Kertas Siasatan Ketua Pemuda UMNO Dirujuk Pejabat Peguam Negara Minggu Depan - KPN

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia