web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2024 8:28PM

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan yang menyalahi undang-undang berhubung kes stoking tertera kalimah Allah.

Beliau berkata, semua pihak perlu mematuhi undang-undang negara ini dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan tugas dan tidak bertindak mengikut perasaan.

"Beri peluang pada kita (polis), tidak perlu lagi ada yang tidak berpuas hati dengan mengambil tindakan sendiri untuk membakar atau membaling molotov cocktail kepada KK Mart...tak perlu.

"Malaysia ada undang-undang, jadi kita perlu patuh pada undang-undang," katanya berhubung satu kejadian molotov cocktail dilempar ke sebuah kedai serbaneka KK Mart di Bidor.

Beliau berkata demikian selepas hadir Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur dan Pengerusi PERKEP Kontinjen Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Menurut Razarudin, pihak polis sentiasa memantau media sosial supaya isu perkauman tidak lagi dimainkan.

Terdahulu, Razarudin memakaikan lencana pangkat CP kepada Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa yang dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Rusdi menggantikan Datuk Allaudeen Abdul Majid yang bersara wajib hari ini selepas berkhidmat selama 38 tahun sembilan bulan sejak 1 Julai 1985. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Mahkamah Tolak Saman Indira Gandhi Terhadap KPN, Kerajaan

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Lelaki Israel Akan Dituduh Esok - KPN

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Kertas Siasatan Ketua Pemuda UMNO Dirujuk Pejabat Peguam Negara Minggu Depan - KPN

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Digesa Tahan Ketua Pemuda UMNO Bagi Hentikan 'Kempen' Hasutan

Sorotan

1

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

5

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Giat Siasat Penyebaran Gambar Didakwa Zayn Rayyan 

Semasa 1 hari yang lalu

Pegawai Kanan Polis Didakwa Langgar Pelajar Mohon Dibebaskan Dengan Jaminan

Semasa 8 jam yang lalu

Kerajaan Teliti Impak Sebelum Buat Keputusan Mengenai Rasionalisasi Subsidi RON95 - PM