web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Polis Digesa Tahan Ketua Pemuda UMNO Bagi Hentikan 'Kempen' Hasutan

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2024 5:21PM

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Pelancongan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis digesa menahan  Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh dan mana-mana individu yang menyebar hasutan berunsur perkauman dan agama.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Pelancongan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia susulan desakan Dr Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau supaya orang Melayu dan umat Islam memboikot kedai serbaguna KK Mart, yang terbabit dalam kontroversi stoking tertera kalimah Allah.

Menurut Abdul Karim, polis sepatutnya terus 'menahan' Dr Akmal tanpa mengira kedudukan dan kaitannya dengan mana-mana parti politik.

"Tidak kira sama ada (dia) dari UMNO (atau) dari mana-mana parti lain, jangan bimbang. Terus tangkap dia," katanya. 

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan Sarawak adalah menteri Kabinet pertama dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang mengetuai Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang mengulas mengenai isu kontroversi stoking berkenaan.

Katanya, polis seharusnya melihat situasi dari aspek 'negara secara keseluruhan', memandangkan kontroversi itu sudah mencetuskan tiga serangan bom api ke atas kedai KK Mart iaitu di Bidor, Perak dan Kuantan, Pahang serta yang terbaharu di Kucing.

"Ketua Pemuda UMNO tidak boleh menghasut (dan tiada tindakan diambil). Apa-apa yang mempunyai kaitan dengan kaum, agama perlu dielakkan, terutama dalam negara yang mempunyai  pelbagai kaum dan agama (seperti Malaysia)," katanya.

Abdul Karim berkata, memandangkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sudah dimansuhkan, pihak polis sewajarnya menggunakan mana-mana undang-undang yang sesuai 'untuk menghentikan kerja mengarut ini' kerana jika tidak dilaksanakan, ia akan membawa kepada masalah yang lebih besar.

Justeru, katanya, pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri perlu bertindak tegas dan tidak membiarkan Ketua Pemuda UMNO itu memburukkan lagi keadaan.

"Ia tidak akan membantu (negara). Mereka yang seolah-olah menyokong boikot akan menimbulkan lebih banyak masalah kepada negara," katanya. - The Vibes, 4 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Kertas Siasatan Ketua Pemuda UMNO Dirujuk Pejabat Peguam Negara Minggu Depan - KPN

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Tahan Suami Isteri Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak Lelaki

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

4

Semasa 3 bulan yang lalu

6 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Di Kondominium Mewah

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 minit yang lalu

Akademi Air Asia Lalui Penjenamaan Semula, Perkasa Kemahiran Dan Bakat Individu

oleh Diyana Nawwar

Semasa 17 jam yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu

Semasa 1 hari yang lalu

Jangan Jual Beras Dalam Talian, Anda Boleh Didakwa’ - KPKM

oleh Diyana Nawwar