web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Polis Tahan Suami Isteri Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak Lelaki

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2024 12:22PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KENINGAU - Polis menahan satu pasangan suami isteri kerana disyaki mendera dua kanak-kanak lelaki berusia lima dan 13 tahun di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai berkata, kanak-kanak berusia 13 tahun itu merupakan anak tiri kepada suspek wanita, manakala kanak-kanak berusia lima tahun itu adalah anak angkat kepada pasangan berkenaan.

Beliau berkata pasangan berumur 27 dan 36 tahun itu ditahan di rumah sewa mereka di sini, dan kejadian dera dipercayai berlaku antara 24 dan 30 Mac lepas.

Menurutnya kejadian itu disedari seorang lelaki berusia 27 tahun Selasa lepas apabila didatangi kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun untuk menjual burger, dan lelaki itu mengesan beberapa kesan luka serta melecur pada kanak-kanak berkenaan, dipercayai akibat didera.

Bercakap kepada pemberita ketika dihubungi hari ini Yampil berkata terdapat kesan melecur di badan kedua-dua kanak-kanak itu, disyaki akibat ditekap dengan seterika, dan juga melecur pada kaki dipercayai akibat terkena air panas.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Pemuda Maut Dibaham Buaya

2

Semasa 5 hari yang lalu

Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Khas Untuk Selesaikan Isu Kewarganegaraan Di Sabah

4

Semasa 1 bulan yang lalu

PM Mahu Kemiskinan Tegar Di Sabah Dinoktah Sebelum Akhir Julai

Sorotan

1

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

2

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

3

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

4

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

5

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Piala FA: JDT Sebelah Kaki Ke Separuh Akhir

Semasa 3 jam yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 19 jam yang lalu

Kantin Sekolah Di Batu Pahat Diarah Tutup Selepas 90 Pelajar Keracunan Makanan

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Bas Terbabit Nahas Di Genting Highlands Tiada Lesen Memandu