web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Hameediyah Derma Makanan Kepada Golongan Kurang Berkemampuan

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2021 12:10PM

Ahamed Seeni mengedarkan paket nasi kandar kepada golongan memerlukan di sekitar George Town.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Semasa permulaan perniagaan, juadah mamak Pulau Pinang paling masyhur, nasi kandar, digalas oleh penjual dengan menggunakan kayu panjang di bahu, dengan dua bakul tergantung di setiap hujungnya.

Dalam setiap bakul ada nasi dan juadah sampingan yang akan diberikan kepada pekerja pelabuhan ketika pulau itu merupakan zon perdagangan bebas.

Di tengah pandemik COVID-19 dan kesan negatifnya kepada ekonomi, rangkaian kedai nasi kandar tertua di Malaysia - Nasi Kandar Hameediyah - kembali ke akar umbinya dengan menderma, bagi mengembalikan nostalgia, terutama kepada warga emas.

Jumaat lepas, kedai itu menghantar dua orang pekerjanya ke George Town, terutama sekali di kawasan Jalan Penang berdekatan dengan restoran induknya, memakai pakaian seragam tradisional penjual nasi kandar.

Ahamed Seeni (dua dari kanan) bersama pekerjanya mengedarkan paket nasi kandar kepada golongan yang memerlukan.
Ahamed Seeni (dua dari kanan) bersama pekerjanya mengedarkan paket nasi kandar kepada golongan yang memerlukan.

Baju seragam itu terdiri daripada baju putih, kain pelikat dan songkok.

Kedua-dua pekerja itu menderma 250 paket nasi kandar kepada golongan yang memerlukan di ibu negeri Pulau Pinang.

Ini menarik perhatian orang ramai yang teruja melihat kebangkitan semula tradisi kulinari yang berusia 100 tahun itu.

Pengurus Nasi Kandar Hameediyah Ahmad Seeni Pakir Abdul Sukkor, 66, berkata selain melakukan kerja amal, tujuannya adalah untuk mengembalikan semula nostalgia kepada pelanggan terutama kepada warga emas yang rindukan masa lalu.

Tambahan pula, restoran itu telah mengedarkan 200 hingga 300 juadah masyhur itu kepada golongan fakir miskin.

Sejak tahun lalu, mereka yang datang ke restoran itu boleh menerima nasi bersama dengan lauk kari, juadah daging, sayur-sayuran dan telur rebus.

Ini termasuk pelanggan yang hadir ke restoran itu untuk membungkus makanan dan membawanya pulang.

Ahamed Seeni berkata tujuan menderma itu juga adalah untuk memberi contoh kepada generasi muda cara unik nasi kandar dijual pada masa lalu.
Ahamed Seeni berkata tujuan menderma itu juga adalah untuk memberi contoh kepada generasi muda cara unik nasi kandar dijual pada masa lalu.

“Sejak tahun lepas, kami telah menderma lebih 250 paket nasi kandar setiap hari kepada mereka yang memerlukannya.

“Nasi Kandar Hameediyah masih dibuka untuk dine in dan kami sedar yang pelanggan rindukan masakan kami. Jadi kami mengambil inisiatif untuk menderma makanan kepada golongan yang kurang mampu,” katanya bila ditemu bual oleh wartawan.

Ahmad Seeni berkata tujuan menderma itu juga adalah untuk memberi contoh kepada generasi muda cara unik nasi kandar dijual pada masa lalu.

Ini sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh generasi masa kini.

“Kami dengan sengaja mahu menunjukkan kepada orang ramai bagaimana perniagaan nasi kandar ini bermula dan tradisi unik ini hanya boleh didapati di Pulau Pinang,” katanya.

Pewaris ketujuh kepada rangkaian restoran nasi kandar tertua di Malaysia itu berkata, Hameediyah akan mempamerkan cara tradisional bagaimana nasi dijual daripada semasa ke semasa supaya tradisi ini tidak lapuk ditelan zaman.

Nasi Kandar Hameediyah, yang ditubuhkan pada 1907, menerima pengiktirafan dari Malaysian Book of Records sebagai Restoran Nasi Kandar Tertua tahun lepas selepas beroperasi selama 115 tahun.

Restoran ini mempunyai cawangan di Sg Ara, Jalan Baru di Prai, Kota Damansara dan Ampang di Kuala Lumpur. - Getaran, 15 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 bulan yang lalu

Tunku Ismail Setuju Derma Rumput Hibrid Untuk Stadium Nasional

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Restoran Nasi Kandar Terbakar, Lelaki Melecur 80 Peratus

3

Selera 5 bulan yang lalu

Nasi Kandar Festival Di KL Tower 27 Dan 28 Januari Ini

4

Selebriti 6 bulan yang lalu

Pempengaruh AZ Pemurah Mahu Terus Sorok Identiti, Bimbang Riak dan Takbur

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind