web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tunku Ismail Setuju Derma Rumput Hibrid Untuk Stadium Nasional

Sukan Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2024 10:56AM

Gambar - JOHOR Southern Tigers

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail akan mendermakan rumput jenis hibrid bagi kegunaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Menurut hantaran yang dimuat naik menerusi akaun Facebook JOHOR Southern Tigers, inisiatif itu dititahkan oleh baginda selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh serta Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Datuk Seri Windsor John kelmarin.

"Hasil kaji selidik yang dijalankan di padang SNBJ telah menunjukkan bahawa rumput hibrid lebih memenuhi keperluan stadium pelbagai guna kerana ketahanan dan fleksibilitinya sesuai untuk acara sukan serta bukan sukan.

"Berdasarkan hasil kaji selidik tersebut dan kejayaan penyelidikan yang dijalankan oleh kelab Johor Darul Tazim (JDT) di Larkin, Tunku Ismail akan mendermakan rumput jenis hibrid yang sedang ditanam di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos kepada Stadium Nasional," menurut hantaran berkenaan.

Sementara itu, rumput Zeon Zoysia yang didermakan oleh Tunku Ismail kepada SNBJ sebelum ini, akan dibuka dan dipasang di padang Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil.

"Padang tersebut (MSN) sering digunakan oleh Sekolah Sukan Bukit Jalil dan pasukan-pasukan bola sepak negara," menurut hantaran itu.

Ini merupakan kali kedua Tunku Ismail yang juga pemilik JDT, membantu Stadium Nasional selepas menghadiahkan rumput Zeon Zoysia yang ditanam awal tahun lepas menggantikan rumput jenis Cow Grass.

Namun, kualiti rumput di gelanggang keramat skuad Harimau Malaya itu, kerap menjadi topik hangat selepas beberapa kali berada pada tahapnya tidak memuaskan setelah penganjuran konsert, terutamanya sebelum aksi final Piala Malaysia 2023 dan beberapa perlawanan melibatkan pasukan kebangsaan.

Masalah yang berlarutan itu menyaksikan Kementerian Belia dan Sukan mengeluarkan moratorium jangka pendek untuk menghalang sebarang pemasangan struktur pentas yang melibatkan persediaan konsert di padang SNBJ sehingga kondisi rumput mencapai tahap yang baik. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

SPRM Mohon Perintah Reman Suami Isteri Pempengaruh 

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Tunku Ismail Rasmi Festival Perarakan Chingay 2024

3

Selebriti 9 bulan yang lalu

Pempengaruh AZ Pemurah Mahu Terus Sorok Identiti, Bimbang Riak dan Takbur

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Tiada Salah Laku, 'Aman Palestin Cuma Ada Masalah Audit' - Sumber

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka