web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tunku Ismail Rasmi Festival Perarakan Chingay 2024

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2024 8:34AM

Tunku Ismail ketika merasmikan Festival Perarakan Chingay 2024 - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim malam tadi berkenan berangkat merasmikan Festival Perarakan Chingay 2024 di Jalan Wong Ah Fook di sini.

Turut berangkat ke festival itu Raja Muda Johor Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim dan paduka anakanda Tunku Khalsom Aminah Sofiah.

Hadir sama Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Ling Tian Soon serta Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya negeri K. Raven Kumar.

Tunku Mahkota Ismail, yang berangkat tiba pada 8.40 malam, berkenan menyempurnakan simbolik perasmian festival itu dengan memalu gendang di pentas utama berhadapan pusat beli-belah Komtar JBCC.

Sebanyak 13 kereta berhias dan sekurang-kurangnya
10 kumpulan tarian singa serta naga berarak sepanjang lapan kilometer yang bermula dan berakhir di Tokong Xing Gong, Jalan Ulu Air Molek di sini.

Orang ramai turut dihiburkan dengan pelbagai persembahan tarian tradisional dan kebudayaan serta pertunjukan bunga api dan wusyu.

Dianggarkan lebih 300,000 pengunjung hadir menyaksikan festival itu yang merupakan acara tahunan dalam kalendar pelancongan Johor.

Perarakan Chingay ialah acara kebudayaan masyarakat Tionghua di Johor sejak tahun 1870.

Festival itu membawa maksud signifikan kepada masyarakat Tionghua kerana menggambarkan semangat permuafakatan yang kukuh antara kelima-lima suku dialek iaitu Teochew, Hokkien, Hakka, Guangsiew dan Hainan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Penganjur George Town Festival Mohon Maaf, Tarik Balik Video Kontroversi

2

Sukan 5 bulan yang lalu

Tunku Ismail Setuju Derma Rumput Hibrid Untuk Stadium Nasional

3

Jelajah 1 tahun yang lalu

Tingkat Industri Kreatif, RIUH Diperluas Ke Negeri Lain

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Safawi Rasid Bakal Kembali Ke JDT?

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang