web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Safawi Rasid Bakal Kembali Ke JDT?

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2023 9:26PM

Muhammad Safawi Rasid - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Desas-desus bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) Muhammad Safawi Rasid akan kembali ke pangkuan skuad Harimau Selatan kian bertiup kencang selepas pemilik kelab itu Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyentuh mengenai perkara berkenaan.

Tunku Ismail dalam satu pertemuan bersama Exco Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) semalam, bertitah pemain penyerang yang kini dipinjamkan kepada kelab Ratchaburi FC di Liga 1 Thailand untuk tempoh semusim dikhabarkan tidak 'selesa' bermain di bumi Gajah Putih itu.

"Saya ada berhubung dengan dia (Safawi) dan saya rasa dia tidak begitu selesa di sana (Ratchaburi). Kita tengok macam mana sebab perkara yang dia nak pergi secara pinjaman ini bukan saya yang hantar dia, dia yang nak pergi dan kami hanya beri kerjasama kepada beliau.

"Buat masa ini, belum ada kata putus lagi kalau dia nak balik ke tidak tetapi kita tahu dia kurang selesa di sana dan adalah ura-ura yang mengatakan kalau boleh dia nak balik ke sini," titah Tunku Ismail menerusi audio dikongsikan SAM kepada media hari ini.

Bagaimanapun, Tunku Ismail memaklumkan JDT belum berhubung secara rasmi dengan Safawi mengenai sama ada beliau mahu kembali atau tidak ke kancah Liga Malaysia (Liga-M).

"Kita tengok dahulu, saya pun tiada kata putus. Saya belum buat keputusan dan saya sendiri belum dapat hubungi dia secara terus," titah Tunku Ismail.

Safawi yang menyertai JDT dari Terengganu FC II pada Januari 2017, sebelum ini pernah dipinjamkan ke kelab di divisyen utama Portugal, Portimonense SC selama tiga bulan pada hujung 2021.

Beliau membuat keputusan untuk berkelana ke Thailand dengan menyertai Ratchaburi sejak Disember lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 bulan yang lalu

Piala FA: Jaringan Saat Akhir Morales Tewaskan Kedah

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

3

Sukan 2 bulan yang lalu

JDT Mara Separuh Akhir Dengan Piala FA Dengan Agregat 13-0

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Sanusi Nyatakan Sokongan Terhadap Selangor FC

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang