web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Tiada Salah Laku, 'Aman Palestin Cuma Ada Masalah Audit' - Sumber

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2023 10:51AM

Aman Palestin adalah antara pertubuhan terawal di Malaysia yang melancarkan bantuan ke Palestin - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Masalah pengurusan audit dikenal pasti sebagai isu yang menyebabkan nama Aman Palestin Berhad hangat diperkatakan mutakhir ini.

Pertubuhan bukan berasaskan keuntungan (non profit organisation) itu bagaimanapun bersih daripada sebarang salah laku melibatkan penyelewengan dana atau pecah amanah.

Mengesahkan perkara ini, sumber yang rapat dengan pertubuhan berkenaan memberitahu Getaran, kegagalan audit itu berpunca daripada sistem yang tidak sistematik melibatkan pejabat Aman Palestin di peringkat cawangan.

“Apabila aliran keluar masuk wang tidak direkodkan dengan baik, ia bermaksud tidak ada resit untuk mengesahkan sebarang jual beli atau perkara lain berkaitan.

“Ini yang menyukarkan proses audit dilakukan, berbeza dengan di ibu pejabat yang memang diurus dengan baik,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas kekecohan yang menyelubungi Aman Palestin ketika ini, gara-gara larangan mengutip derma di Perlis yang dikeluarkan Pejabat Mufti negeri tersebut.

Getaran pada 12 Oktober lalu melaporkan, Jabatan Mufti Negeri Perlis menerusi surat bertarikh 24 Ogos lalu mengarahkan Jabatan Agama Islam Negeri Perlis melarang sebarang kutipan derma di bawah nama Aman Palestin.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dipetik sebagai berkata, ada hal yang tidak jelas melibatkan Aman Palestin dan menimbulkan pelbagai persoalan.

Katanya, larangan tersebut kekal sehingga siasatan dan kepastian diperoleh.

Surat Larangan kutipan derma dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis - gambar fail
Surat Larangan kutipan derma dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis - gambar fail

Menafikan wujud sebarang salah laku dalam kalangan pengurusan, sumber berkata, Aman Palestin memiliki puluhan cawangan di seluruh negara dan beberapa wakil luar negara, termasuk Gaza, sempadan Lubnan dan Australia.

Katanya, setiap pejabat cawangan dikendalikan sejumlah kecil petugas yang turut terikat dengan pelbagai skop tugasan.

“Macam di ibu pejabat, ada sistem pengurusan yang lengkap jadi semua kakitangan hanya perlu memberi tumpuan kepada skop tugasan masing-masing.

“Berbeza dengan pejabat cawangan, petugas bahagian pengurusan adalah orang sama yang perlu mengendalikan acara atau program. Ini yang menyebabkan banyak perkara terlepas pandang, termasuk kerja-kerja merekod aliran keluar masuk wang,” katanya.

Sumber memberi jaminan, setiap derma yang disumbangkan disalurkan dengan tepat ke golongan sasaran.

Setiap sumbangan dikutip Aman Palestin djamin tiba ke golongan sasaran
Setiap sumbangan dikutip Aman Palestin djamin tiba ke golongan sasaran

Katanya, Aman Palestin mensasarkan pelbagai lapisan penduduk Palestin sebagai penerima bantuan.

“Ini yang saya lihat orang ramai atau masyarakat kita tidak faham. Apabila disebut sumbangan untuk Palestin, mereka secara automatik beranggapan ia adalah untuk penduduk Palestin di Semenanjung Gaza.

“Memang ada sumbangan yang disalurkan ke Gaza kerana Aman Palestin ada wakil di sana. Tapi sumbangan juga disalurkan kepada penduduk Palestin yang mendiami kem pelarian di sempadan Jordan atau Lubnan,” katanya.

Mengulas lanjut sumber memberitahu, setiap derma diterima tidak semestinya disalurkan kepada penduduk di Semenanjung Gaza semata-mata.

“Kalau tak dapat disampaikan kepada penduduk di Gaza, Aman Palestin akan salurkan kepada penduduk Palestin di luar Gaza, sama ada di kem pelarian atau sesiapa yang memerlukan sumbangan, contohnya untuk melanjutkan Pelajaran.

“Macam penduduk di kem pelarian, walaupun mereka menerima perlindungan tapi mereka juga masih perlukan bantuan kelengkapan asas khususnya makanan dan perubatan. Derma inilah yang digunakan untuk menyediakan semua keperluan itu,” katanya, panjang lebar.

Jelas beliau, sumbangan yang disalurkan ke Gaza pula lazimnya digunakan untuk membina pelbagai prasarana diperlukan seperti sekolah atau masjid.

“Bab ini tak perlu diragui. Saya memang jamin ia (derma) sampai kepada golongan sasaran,” katanya.

Sumbangan Aman Palestin yang disalurkan ke Gaza lazimnya digunakan untuk membina prasarana - gambar fail
Sumbangan Aman Palestin yang disalurkan ke Gaza lazimnya digunakan untuk membina prasarana - gambar fail

Ditanya mengenai siasatan yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ketika ini, sumber optimis tidak ada apa yang perlu dirisaukan.

“Saya pernah berkunjung sendiri ke rumah beberapa pengurusan atasan Aman Palestin. Mereka hidup seadanya, tidak bermewah-mewah, tidak juga ada kenderaan besar menjalar. Saya pasti siasatan adalah prosedur biasa setiap kali ada aduan timbul melibatkan wang ringgit, apatah lagi Aman Palestin mengendalikan derma dan sumbangan dalam jumlah yang amat besar.

“Jika benar ada salah laku, sudah pasti perkara ini terbongkar sejak dahulu lagi,” katanya. – Getaran, 25 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

SPRM Mohon Perintah Reman Suami Isteri Pempengaruh 

2

Sukan 5 bulan yang lalu

Tunku Ismail Setuju Derma Rumput Hibrid Untuk Stadium Nasional

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Aman Palestin: 3 Tertuduh Didakwa Untuk 164 Kesalahan

4

Selebriti 9 bulan yang lalu

Pempengaruh AZ Pemurah Mahu Terus Sorok Identiti, Bimbang Riak dan Takbur

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

Semasa 21 jam yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Semasa 1 hari yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Semasa 1 hari yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis