Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kisah Anak Gen X: Selamat Hari Star Wars!

Pengaruh ‘Star Wars’ tidak pernah pudar sejak ia mula masuk ke panggung pada 1977

Kolum Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2024 9:05AM

Sejak mula ditayangkan, Star Wars sudah mengumpul jutaan peminat seluruh dunia - gambar Starwars.com

oleh

M.Zulkifli

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tanggal 4 Mei mula diisytihar secara tidak rasminya sebagai Hari Star Wars pada 2011. Buat yang tertanya, itu bukanlah tarikh filem pertama francais sains fiksyen ini ditayangkan,
ataupun hari kelahiran pengarah dan penciptanya, George Lucas, tapi ia diangkat oleh peminat tegar Star Wars kerana May The Fourth itu mirip ungkapan ikonik May The Force Be With You, yang aku percaya setiap penduduk bumi pun pernah dengar.

Penulis (kiri) bersama sepupu memakai T-shirt ‘Star Wars’. Gambar tahun 1980
Penulis (kiri) bersama sepupu memakai T-shirt ‘Star Wars’. Gambar tahun 1980

Dan itulah hebatnya pengaruh Star Wars yang tidak pernah pudar sejak ia mula masuk ke panggung pada 1977. Ia bukan sekadar siri filem berbajet besar, tetapi turut menjadi pencipta pelbagai trend yang penting dalam budaya popular.

Sama seperti ramai anak gen-x yang lain, aku sendiri merupakan peminat setia jenama ‘Star Wars‘. Tak ingat di mana dan bila aku tonton filem yang pertama (kemungkinan besar melalui pita VHS), tapi kenangan menonton Empire Strikes Back (1980) dan Return of the Jedi (1983) masih terpahat dalam ingatan. Return of the Jedi khasnya meninggalkan kesan yang cukup lama dan mendalam. Aku tonton di panggung Cathay di Johor Bahru, dan sebaik kredit akhir keluar, aku berasa cukup puas hati dan kagum dengan segalanya tentang trilogi asal penggembaraan Luke Skywalker dan rakan-rakan.

Tidak susah untuk faham bagaimana Star Wars berjaya menggoncang emosi dan memegang hati generasi yang menonton ketika itu. Genre sains fiksyen dan fantasi masih lagi baharu, baik di TV mahupun di panggung, lebih-lebih lagi di Malaysia. Tiba-tiba datang Star Wars dengan sinematografi epik, runut bunyi yang menggegar deria dan special effects berskala besar yang tak pernah dilihat sebelum ni. Mana mungkin tak ternganga melihat TIE Fighter dan Millennium Falcon terbang di layar lebar dengan kesan bunyi yang begitu menakjubkan? Tambah pula dengan karekter-karekter yang pelbagai; manusia, makhluk luar biasa dan robot, serta lanskap galaksi far, far, away yang melangkau imaginasi, hanya yang mati hati saja tak terasa teruja.

Ceritanya pula mudah difaham dan diikuti penonton tidak kira umur. Geng baik dan jahat senang dikenali dan kembara heronya membuat kita semua bersemangat untuk sokong dan sorak sepenuh hati. Dan tak lupa juga dialog ikonik yang melekat di otak termasuk “May the force be with you” dan sudah pasti, “I am your father,” ungkapan Darth Vader. Sebab itu juga majoriti peminat dengan rela hatinya membelanjakan lebih daripada sekadar harga tiket wayang. Yang paling dicari adalah koleksi action figure yang dikeluarkan oleh jenama Kenner dari 1978 hingga 1985.

Melengkapkan set mainan ini turut menjadi satu obsesi buat diriku. Dan alangkah bertuahnya buat kami yang tinggal di JB, sebab boleh seberang Tambak Johor untuk beli, selepas mengumpul duit yang cukup. Tidak ingat berapa lama, tapi aku berjaya lengkapkan koleksi keluaran pertama ini yang disusun cantik dalam bekas berbentuk kepala Darth Vader yang masih aku simpan sehingga hari ini. Percayalah, koleksi vintaj ini tak pernah gagal membuat ramai yang terpegun!

Antara koleksi permainan ‘Star Wars’ vintaj milik penulis
Antara koleksi permainan ‘Star Wars’ vintaj milik penulis

Bertahun-tahun lamanya peminat menyangka yang saga Star Wars berakhir dengan Return of the Jedi, muncul pula berita tentang trilogi prekuel pada penghujung abad ke-20. Pengakuan: Untuk menonton Episode I: The Phantom Menace (1999) pada hari pertama tayangan, aku telah mengambil cuti tahunan dan tinggalkan tugas-tugas pentingku di Mahkamah Persekutuan ketika itu. Yalah, setelah mengulang tonton tiga filem pertama tak tahu berapa ratus kali, sudah tentu aku tak sabar untuk menghayati karya terkini.

Namun, aku juga perlu jujur. Episode I: The Phantom Menace yang menceritakan permulaan perjalanan Anakin Skywalker sebagai seorang bakal Jedi yang terjebak ke dark side, agak mengecewakan kerana kekurangan jiwa. (OKlah, aku tak boleh tak puji satu-satunya adegan hebat berlatar belakangkan runut bunyi epik yang masih aku tonton di YouTube hari ini; pertarungan lightsaber di antara Qui-Gon Jin dan Obi-Wan Kenobi menentang Darth Maul, yang juga dikenali sebagai Duel of the Fates).

Begitu juga dengan filem seterusnya, Episode II: Attack of the Clones (2002), yang kita seolah-olah menonton filem romantis Bollywood, lengkap dengan adegan bermain mata dan berguling-guling di taman bunga. Hambar. Mujurlah tiga tahun kemudian, aku bersorak kembali apabila Episode III: Revenge of the Sith, membuktikan George Lucas belum kehilangan sentuhan magisnya.

Selepas lebih dua dekad ketika itu, tidak boleh ke mana-mana tanpa ada pengaruh Star Wars yang telah lengkap transformasinya sebagai sebuah gergasi kapitalisme. Lebih ekstrem lagi, ada juga sebahagian warga dunia, termasuk rakyat Britian yang senaraikan Jediism sebagai agama mereka!

Aku sendiri memang tak pernah putus membeli merchandise dan permainan Star Wars bila ada yang kena pada citarasa dan kemampuan kewangan. Namun, tak bolehlah aku nak bersaing dengan geng uber-fanatik yang sanggup berkorban apa saja untuk dapatkan koleksi rare dan eksklusif di pasaran! Pada 2012, nilai francais Star Wars terus meroket apabila dibeli oleh Disney dengan harga AS$4 bilion (RM18.8b). Gabungan dua jenama gergasi ini terus membuahkan 1001 produk baharu, termasuk tiga lagi filem bermula dengan Episode VII: The Force Awakens yang digarap JJ Abrams.

Di 'pop-up store' ‘The Mandalorian’ di London
Di 'pop-up store' ‘The Mandalorian’ di London

Secara peribadi, aku sering tersenyum bila melihat generasi baharu, lebih-lebih lagi anak kecil memakai T-shirt Chewbacca atau bermain dengan lightsaber, tapi jiwa ol’skool aku kadang-kadang rasakan yang too much of a good thing, could be a bad thing (terlalu banyak benda yang bagus pun ada mudaratnya). Walaupun platform digital membuka banyak lagi ruang untuk cerita dan spinoff Star Wars dalam pelbagai format dan penjualan produk – dari barangan dapur, alat tulis ke assesori kereta – meletakkan francais ini bernilai AS$65 bilion (RM305.5b) hari ini, yang tetap di hatiku adalah kenangan melihat Yoda menurunkan ilmu kepada Luke, dan momen Death Star meletup dan hancur berkecai di galaksi nun jauh di sana.

Selamat Hari Star Wars dan May The Fourth Be With You!

M.Zulkifli merupakan teraju utama getaran.my dan seorang bekas majistret. Beliau juga peminat budaya popular 80an.

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Generasi X Imbau Kenangan Bermain Galah Panjang

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

James Earl Jones Akhiri Persembahannya Sebagai Pelakon Suara Latar Darth Vader

3

Kolum 2 tahun yang lalu

Kisah Anak Gen-X: Selepas SPM, Aku Menjadi Orang

4

Kolum 2 tahun yang lalu

Kisah Anak Gen-X: Friends - Teman Setia Dulu Dan Kini

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik