web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: Mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia pada usia 86 tahun hari ini 1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan

IKUTI KAMI


Arab Saudi Umum Hari Wukuf Pada 27 Jun, Aidiladha Disambut 28 Jun

Luar Negara Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 19 Jun 2023 1:52PM

Kerajaan Arab Saudi mengumumkan hari Wukuf yang merupakan kemuncak haji, adalah pada Selasa, 27 Jun ini sementara Hari Raya Aidiladha akan disambut pada Rabu, 28 Jun - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MAKKAH - Kerajaan Arab Saudi mengumumkan hari Wukuf yang merupakan kemuncak haji, adalah pada Selasa, 27 Jun ini sementara Hari Raya Aidiladha akan disambut pada Rabu, 28 Jun.

Perkara itu dinyatakan Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman serta turut dilaporkan media tempatan termasuk Saudi Gazette yang memetik kenyataan Mahkamah Agung negara itu.

Wukuf dilakukan dengan berada di padang Arafah mulai tergelincirnya matahari (waktu Zohor) pada 9 Zulhijjah (27 Jun) sehingga sebelum fajar pada 10 Zulhijjah.

Kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia akan menyertai kira-kira tiga juta umat Islam seluruh dunia akan bergerak ke Arafah untuk melaksanakan rukun haji itu.

Syed Saleh dalam sidang media di sini berkata tahap kesediaan khemah di Arafah dan Mina bagi operasi masyair untuk jemaah haji Malaysia kini telah mencapai tahap 80 peratus.

Menurutnya dengan berbaki lapan hari lagi menjelang hari wukuf, pihak pengurusan di sembilan maktab penginapan akan mengadakan sesi taklimat bagi menerangkan antaranya mengenai pergerakan bas dan kemudahan di Arafah dan Mina kepada jemaah haji.

"Jemaah haji juga akan diberikan nombor dan tempat dalam khemah dalam masa terdekat ini," katanya.

Syed Saleh berkata hampir 300 khemah di Arafah dan Mina tersedia buat jemaah haji negara dengan beberapa penambahbaikan dilakukan tahun ini termasuk khemah berdinding PVC, bekalan elektrik di Arafah terus dari pencawang dan bekalan makanan keseluruhannya dibekalkan syarikat Malaysia.

Dalam pada itu, Syed Saleh berkata setakat ini, seramai 29,212 daripada 31,600 jemaah haji negara telah berada di Makkah.

Mengenai laporan kesihatan jemaah haji pula, beliau berkata 56 jemaah haji berada di wad pusat rawatan Tabung Haji (TH), manakala lapan orang di fasiliti kesihatan Arab Saudi.

Bagaimanapun, katanya kesemua mereka yang mengalami jangkitan paru-paru, masalah jantung dan sistem pencernaan, sakit kulit dan sendi berada dalam keadaan stabil. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

PRN: Berkempen Secara Matang - Mufti Kelantan

2

Refleksi 1 tahun yang lalu

Manfaatkan Sepenuhnya Hari Arafah

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Jemaah Haji Malaysia Mula Bergerak Ke Arafah

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Khutbah Arafah Musim Haji 1444H Diterjemah Ke 20 Bahasa Dunia Termasuk Bahasa Melayu

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia