web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Khutbah Arafah Musim Haji 1444H Diterjemah Ke 20 Bahasa Dunia Termasuk Bahasa Melayu

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2023 8:33PM

Lebih dari 274 juta orang di seluruh dunia telah mendapat akses kepada khutbah Arafah pada musim haji tahun 1443H/2022M yang lepas hasil tranformasi digital dalam bidang teknologi maklumat - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MAKKAH - Khutbah Arafah berbahasa Arab bagi musim haji 1444H/2023M akan disiarkan secara langsung dalam 20 bahasa termasuk Bahasa Melayu.

Setiausaha Bahagian Agensi Bahasa-Bahasa dan Terjemahan di Jabatan Hal Ehwal al-Haramain, Ahmad bin Abdul Aziz al-Humaidi berkata pada tahun ini ada enam bahasa baharu iaitu Sepanyol, Portugal, Jerman, Filipina, Itali dan Bosnia ditampilkan, sebagai tambahan bahasa untuk terjemahan khutbah Arafah.

"Lebih dari 274 juta orang di seluruh dunia telah mendapat akses kepada khutbah Arafah pada musim haji tahun 1443H/2022M yang lepas hasil tranformasi digital dalam bidang teknologi maklumat,” katanya. 

Ahmad berkata demikian kepada petugas media daripada agensi dan organisasi pelbagai negara yang menyertai program Media Partnerships For Hajj Season 2023 anjuran Kementerian Media Arab Saudi, Sabtu.

Delegasi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), yang merupakan antara tetamu Saudi Press Agency (SPA), turut menyertai program anjuran Kementerian Media itu. 

Ahmad berkata bagi musim haji 1444H/2023M ini pihaknya menyasarkan sekurang-kurangnya 300 juta pendengar dapat mengikuti khutbah Arafah di seluruh dunia. 

“Kami telah mengesan bahawa penduduk di Amerika Selatan tidak mendapat akses untuk mendengar khutbah Arafah pada musim haji tahun lepas. 

“Justeru, kami permudahkan akses dengan menyediakan perisian yang boleh dimuat turun dari laman web agensi ini dan di semua platform media sosial,” katanya.

Beliau berkata terdapat lebih 40 penterjemah terlatih dan berpengalaman di agensi itu, dan bagi menjaga ketepatan maksud khutbah, kesemua mereka terdiri daripada golongan yang mempunyai kelayakan akademik doktor falsafah (PhD), ijazah sarjana (MA), ijazah sarjana muda (BA) dalam bidang bahasa selain latar belakang pengajian Islam di institusi pengajian tinggi.

Antara bahasa utama untuk terjemahan ialah Inggeris, Perancis, Mandarin, Benggali, Rusia, Melayu, Urdu, Parsi, Hausa dan Turkiye. 

Bagi umat Islam Malaysia yang tidak menguasai dan memahami Bahasa Arab, terjemahan khutbah ke Bahasa Melayu boleh diikuti  menerusi portal https://manaratalharamain.gov.sa

Dua pemuda Malaysia, Muhammad Mujahid Zaharudin dan Dr Ahmad Wifaq Mokhtar bersama-sama dua rakan penterjemah dari Indonesia bertanggungjawab untuk melakukan penterjemahan bahan-bahan seperti khutbah Jumaat, Hari Raya, Hari Arafah dan solat istimewa seperti gerhana matahari serta bulan.

“Kami bergabung dengan penterjemah dari Indonesia disebabkan persamaan dan kedekatan bahasa kita (Melayu) dengan mereka. Kami akan bergilir. Khutbah Arafah tahun ini giliran saudara kami dari Indonesia.

“Khutbah Raya pada esok harinya giliran saya, ia akan dibaca dalam bahasa Melayu. Khutbah Jumaat minggu ini oleh Dr (Ahmad) Wifaq, juga Bahasa Melayu,” kata Muhammad Mujahid ketika ditemui Bernama. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

PRN: Berkempen Secara Matang - Mufti Kelantan

2

Refleksi 1 tahun yang lalu

Manfaatkan Sepenuhnya Hari Arafah

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Jemaah Haji Malaysia Mula Bergerak Ke Arafah

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Arab Saudi Umum Hari Wukuf Pada 27 Jun, Aidiladha Disambut 28 Jun

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 50 minit yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 20 minit yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 22 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 14 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah