web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRN: Berkempen Secara Matang - Mufti Kelantan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2023 10:13PM

Mohamad Shukri Mohamad berkata sikap sedemikian bakal mencerminkan peribadi seseorang sekali gus mengelakkan tercetusnya perbalahan dan perpecahan sesama sendiri. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Masyarakat Kelantan, khususnya umat Islam diingatkan agar bersikap lebih dewasa dan matang terutamanya dalam tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata sikap sedemikian bakal mencerminkan peribadi seseorang sekali gus mengelakkan tercetusnya perbalahan dan perpecahan sesama sendiri.

“Kita telah menempuh beberapa kali pilihan raya, sepatutnya perkara ini mendewasakan kita.

 “Oleh itu, berkempenlah secara matang dan dewasa dan tidak menimbulkan sebarang provokasi. Kalau timbul perbalahan mahupun perpecahan antara masyarakat itu tandanya masih kebudak-budakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Arafah #QuranHour di Masjid Sultan Muhammad II, di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) Marhaini Yusoff.

Mohamad Shukri juga menasihatkan orang ramai agar memilih pemimpin yang akan membawa kebaikan kepada masyarakat dalam PRN yang bakal diadakan.

“Kita nak pilih pemimpin, pilih mereka yang akan memperkenalkan perkara kebaikan kepada negara dan masyarakat. Jangan pula kita nak menempa kemajuan dan kebaikan tetapi kita melakukan perkara yang bercanggah dengan perkara itu,” katanya.

Mengulas mengenai majlis berkenaan, Marhaini berkata program Arafah #QuranHour bersempena dengan Hari Arafah merupakan penganjuran kali keenam yang turut diadakan secara serentak di beberapa lokasi berdaftar di Tanah Suci.

Katanya program yang disertai 700 peserta di Kelantan itu, turut diadakan di 18 lokasi membabitkan lapan negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Perak, Selangor dan Pulau Pinang untuk melahirkan ejen perubahan dalam kalangan ummah.

“Kita juga berharap program ini dapat menjadi program wajib setiap tahun memandangkan ia mampu menjadi pencetus kebangkitan dalam menggerakkan pelbagai projek membina ummah,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 tahun yang lalu

Manfaatkan Sepenuhnya Hari Arafah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Jemaah Haji Malaysia Mula Bergerak Ke Arafah

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Khutbah Arafah Musim Haji 1444H Diterjemah Ke 20 Bahasa Dunia Termasuk Bahasa Melayu

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Arab Saudi Umum Hari Wukuf Pada 27 Jun, Aidiladha Disambut 28 Jun

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 2 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang