web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Malaysia Bukan Condong Kepada China, Namun Memang Dekat Secara Geografi - PM

Luar Negara Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2023 6:36PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SAN FRANCISCO -- Malaysia bukanlah sebuah negara yang condong ke arah China, namun secara geografinya memang negara itu dekat dengan Malaysia, dan menjadi rakan serta sekutu yang boleh dipercayai, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, Amerika Syarikat juga sama pentingnya, dan ia juga sekutu tradisional serta pelabur utama yang membantu memacu ekonomi Malaysia.

“Secara keseluruhannya Amerika Syarikat menjadi negara nombor satu dari segi jumlah pelaburan kami, tetapi China semakin hari semakin menjadi salah satu pelabur utama,” katanya pada sesi soal jawab di University of California, Berkeley di sini, Selasa.

Professor dan Alan P.Bedford Endowed Chair, Pengarah Sains Politik, Berkeley APEC Study Center, Dr Vinod Aggarwal menjadi moderator pada sesi yang berlangsung selama kira-kira sejam itu.

“China adalah negara jiran Malaysia, negara yang penting dan telah matang dari segi kerancakan ekonominya, dan kita akan mendapat manfaat besar sekiranya kita terus melibatkan diri dengannya,” kata Anwar.

“Jadi pandangan saya begini, semasa kita perlu dengar negara-negara kuasa besar ini, mereka juga perlu terlibat dan dengar pandangan serta pendirian kita. Kita adalah sebuah ekonomi yang sedang dan pesat membangun, (dan) perlu melibakan diri serta membuat keputusan mengenai apa yang terbaik untuk negara,”  katanya.

Mengenai peranan Malaysia, atau ASEAN secara keseluruhannya di Laut China Selatan, Anwar yang berada di sini bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC ke-30 berkata: “ASEAN ada membincangkan pendiriannya. Secara idealnya ASEAN perlu mengambil kedudukan serantau pelbagai hala dalam penglibatan dengan China”.

“… dalam peta yang gambarkan oleh China baru-baru ini, ada pertindihan di kawasan yang menjadi tuntutan, namun dalam persoalan dengan China ini, Malaysia sebenarnya berjaya dari segi rundingan dengan pihak China,” katanya.

Anwar percaya bagi Malaysia, isu itu adalah lebih sukar dalam pertindihan tuntutan yang membabitkan negara Filipina dan Vietnam.

“Malaysia juga berunding dengan mereka, tetapi kedudukan kami adalah untuk memastikan kita perlu menjadikan ia kekal sebagai masalah serantau. Jangan benarkan ia melibatkan negara lain, kerana itu akan memburukkan lagi krisis," katanya.

“Penyelesaiannya sudah tentu adalah menerusi penglibatan diplomatik yang agresif, dan yang sedang kita diteruskan, walaupun dalam ASEAN sendiri, seperti yang saya katakan, dengan Filipina dan Vietnam, bersama-sama dengan AASEAN dan juga China,” katanya.

Ditanya mengenai apa kemungkinan yang bakal muncul hasil pertemuan dua hala dengan Presiden Joe Biden dan Xi Jinping dari China di luar mesyuarat (APEC), beliau berkata, ia tidak boleh diketepikan sebagai wacana biasa.

“Mesyuarat itu diperhatikan, bukan sahaja oleh ekonomi anggota APEC tetapi juga dunia.

“Pertemuan itu (boleh menghasilkan beberapa) resolusi, tidak semestinya mengenai masalah perbalahan Gaza, Palestin atau Ukraine, Rusia,” katanya.

“Sekurang-kurangnya pelaburan perdagangan dan pemahaman tentang isu berkaitan ini akan membantu menanamkan lebih keyakinan kepada ekonomi yang diperlukan, bukan sahaja oleh Amerika Syarikat dan China tetapi juga kebanyakan  negara,” katanya.

Beliau berkata, hubungan yang lebih baik antara China dan Amerika Syarikat bermakna manfaat yang besar kepada negara Asean, termasuk Malaysia. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 1 bulan yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka