web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PBB Pertimbang Semua Pilihan Hantar Bantuan Ke Gaza Termasuk Guna Payung Terjun

Luar Negara Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Feb 2024 1:42PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TORONTO - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu mengulangi keperluannya untuk lebih banyak akses bagi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza, sambil ia melihat semua pilihan lain termasuk menggunakan payung terjun (air-drop).

Jurucakap Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres, Stephane Dujarric berkata, secara ideal, badan dunia itu memilih jalan raya sebagai pilihan untuk membawa bantuan ke Gaza, lapor Agensi Anadolu.

"Payung terjun amat mencabar tetapi ia adalah pilihan (untuk WFP) (Program Makanan Sedunia). Secara ideal, kami mahu membawa bantuan melalui jalan raya, kami mahu lebih banyak laluan dibuka, kami mahu lebih banyak pintu masuk dibuka," katanya pada sidang media.

Dujarric juga menekankan keperluan untuk meningkatkan penyelarasan antara negara-negara anggota mengenai operasi kemanusiaan.

Mesir, Jordan, Emiriah Arab Bersatu, Perancis dan Qatar pada Selasa melaksanakan operasi untuk menggugurkan bantuan ke Gaza dengan pesawat.

Israel telah mengenakan sekatan yang melumpuhkan Semenanjung Gaza, menyebabkan penduduknya khususnya di utara Gaza kini di ambang krisis kebuluran.

Serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu membunuh hampir 29,954 rakyat Palestin dan mencederakan lebih 70,000 penduduk lain dengan menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan. - BERNAMA-ANADOLU

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 5 bulan yang lalu

Aktiviti Ketenteraan Israel Di Rafah Mimpi Ngeri Kemanusiaan - Ketua PBB

2

Luar Negara 5 bulan yang lalu

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

3

Luar Negara 6 bulan yang lalu

Dunia Alu-Alukan Penerimaan Resolusi Gencatan Senjata Di Gaza

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Malaysia Kecam Serangan Israel Terhadap Pusat Agihan Makanan PBB Di Rafah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia