web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


WHO Gesa Lindungi Semua Hospital Di Gaza

Luar Negara Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2024 12:26PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RAMALLAH - Ketua Pengarah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Ghebreyesus pada Rabu, memperbaharui gesaan supaya memberikan perlindungan kepada semua hospital di Semenanjung Gaza.

Tedros menyifatkan kemusnahan yang menimpa hospital-hospital di Gaza sebagai menyayat hati, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Beliau berkata dalam hantaran di platform X, yang sebelum ini Twitter bahawa 'kami bersama-sama rakan kongsi sedang menjalankan penilaian ke atas situasi di Hospital Al-Shifa dan Hospital Indonesia di utara Gaza', sambil menekankan proses pengeluaran mayat dari Hospital Al-Shifa sedang berjalan.

Tedros menegaskan bahawa pekerja kesihatan telah membersihkan jabatan kecemasan Hospital Al-Shifa dan mengeluarkan katil yang terbakar dan keselamatan bangunan yang tinggal memerlukan penilaian kejuruteraan yang komprehensif, sambil menyatakan bahawa Hospital Indonesia kosong dan kerja-kerja pembinaan semula diteruskan dalam usaha untuk memulihkannya.

Beliau menggesa bagi gencatan senjata segera, dengan mengatakan ubat utama yang diperlukan oleh penduduk di Gaza adalah keamanan.

Menurut Kementerian Kesihatan, 12 hospital di Semenanjung Gaza beroperasi sebahagian iaitu enam di bahagian utara dan enam lagi di selatan.

Pencerobohan Israel ke atas Gaza telah mengakibatkan 33,843 kematian dan 76,575 kecederaan sejak Oktober 2023. - BERNAMA-WAFA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

IHR, Perjanjian Pandemik: Malaysia Berpegang Kepada Prinsip Kesaksamaan Dan Solidariti - PM

2

Rencana 6 bulan yang lalu

Ambil Mudah Gejala Antara Kekangan Utama Basmi Tibi - Pakar

3

Luar Negara 11 bulan yang lalu

WHO Mohon Pembiayaan Segera Bantuan Kemanusiaan Untuk Palestin

4

Luar Negara 11 bulan yang lalu

Hospital Di Semenanjung Gaza Pada Tahap Kritikal - WHO

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan