web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


IHR, Perjanjian Pandemik: Malaysia Berpegang Kepada Prinsip Kesaksamaan Dan Solidariti - PM

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2024 8:15AM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia berpegang kepada prinsip kesaksamaan dan solidariti untuk dilaksanakan dalam semakan Peraturan-Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) serta perjanjian pandemik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengakui berdepan cabaran dalam mencapai konsensus mengenai perjanjian pandemik dan pindaan terhadap IHR, beliau berkata langkah mengutamakan hak kepada kesihatan memerlukan usaha kolektif bagi menangani ketaksamaan dan meningkatkan kesiapsiagaan untuk keemasan masa depan.

"Saya ingin tegaskan bahawa kesaksamaan perlu menyokong sebarang perjanjian ke arah penambahbalkan lebih bermakna dalam usaha mencegah pandemik, kesiapsiagaan dan respons secara kolektif. Kolaborasi menjadi kunci untuk melangkah ke hadapan dan mengimbangi sumber dengan matlamat kesihatan awam global adalah penting.

"Hanya selepas itu barulah kita boleh menangani jurang dan ketaksamaan dalam usaha mencegah serta memberikan tindak balas terhadap pandemik dan keemasan kesihatan lain sambil bersama-sama melindungi hak kedaulatan negara. Saya yakin kita mampu melakukan perubahan transformatif dengan hasil yang berkekalan dan menjadi legasi," katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap sempena Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-77 di Geneva hari ini melalui video yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan.

Beliau turut berkongsi komitmen kerajaan Malaysia untuk memastikan setiap individu tanpa mengira latar belakang atau kedudukan sosioekonomi mempunyai akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti dan penting sepanjang hidup mereka.

Sementara itu, ketika membicarakan hak sejagat kepada kesihatan, Anwar turut menggesa komuniti antarabangsa mengambil lebih banyak tindakan untuk menghentikan kekejaman dan memastikan akauntabiliti terus bergerak susulan malapetaka kemanusiaan yang dihadapi oleh rakyat Palestin di Gaza.

"Mereka bukan hanya berdepan kebuluran, malnutrisi dan penyakit tetapi juga hospital mereka telah dibom oleh rejim Israel manakala pekerja perubatan dan sukarelawan kemanusiaan dibunuh secara rambang," katanya.

Pada 24 Mei lepas, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad telah menegaskan bahawa penglibatan Malaysia dalam dua platform rundingan antarabangsa adalah bagi melindungi kepentingan kesihatan awam negara.

Beliau merujuk kepada langkah Badan Perundingan Antara Kerajaan (INB) yang menggubal instrumen antarabangsa dikenali sebagai Perjanjian Pandemik dan Kumpulan Kerja mengenai Pindaan kepada IHR (WGIHR) kerana melakukan semakan terhadap IHR 2005 secara bersasar. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 3 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 3 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia