web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Arab Saudi Kuat Kuasa Larangan Tunai Haji Tanpa Permit

Luar Negara Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2024 8:24PM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RIYADH - Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi mula menguatkuasakan penalti bagi mereka yang melanggar peraturan dengan memasuki kawasan larangan tanpa permit haji iaitu Makkah, wilayah tengah, stesen kereta api Haramain, pusat kawalan keselamatan, pusat pengasingan dan pusat kawalan keselamatan sementara.

Langkah itu berkuat kuasa mulai hari ini, 2 Jun hingga 20 Jun 2024, lapor Saudi Press Agency (SPA).

Menurut pihak Keselamatan Awam, mana-mana warganegara, pemastautin dan pelawat yang didapati melanggar peraturan akan didenda SAR10,000.

Selain itu, pemastautin akan dihantar pulang ke negara asal mereka dan dilarang memasuki semula Arab Saudi untuk tempoh tertentu seperti yang ditetapkan oleh undang-undang.

Keselamatan Awam Arab Saudi juga menekankan bahawa individu yang melanggar peraturan secara berulang akan didenda dua kali ganda, menegaskan kepentingan mematuhi peraturan haji untuk memastikan tetamu Allah dapat melakukan ibadah mereka dengan selamat, aman, selesa dan tenang.

Selain itu, individu yang ditahan membawa jemaah tanpa tanpa permit haji akan berdepan hukuman penjara sehingga enam bulan dan denda sehingga SAR50,000.

Terdapat juga desakan untuk merampas kenderaan yang digunakan dalam kesalahan itu melalui perintah mahkamah.

Jumlah denda akan digandakan mengikut bilangan jemaah tanpa permit yang dibawa. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Kena Masuk Kelas Memandu Ni!

2

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Hujan Rahmat Di Mina

3

Selebriti 3 bulan yang lalu

Selebriti Popular Tanah Air Yang Dijemput Menjadi Tetamu Allah Tahun Ini

4

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Canggih! Robot AI Fasih Pelbagai Bahasa Untuk Jemaah Haji

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia