web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Yuna Menutup Bengkel Discord Interaktif, ‘Levi’s Music Project’

‘Levi’s Music Project’ menggalakkan para penggiat seni untuk tampil dengan identiti tersendiri dalam menghasilkan karya mereka.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2022 3:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tahukah anda, Levi’s telah melancarkan pelayan Discord pertama untuk menubuhkan sebuah komuniti muzik dalam talian melalui kempen ‘Levi’s Music Project’?

Kempen ini terdiri daripada artis tersohor dalam industri muzik antarabangsa termasuk Khalid, Yuna, Mabel dan ramai lagi. Bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan ilmu mengenai seni pembikinan muzik bersama para seniman baharu, ia sekali gus menjurus kepada persiapan untuk menceburi industri muzik. 

Menurut siaran media Levi’s, pelayan ini berfungi sebagai hab utama kempen dan menjadi medium komunikasi antara para seniman baharu dan nama-nama besar dalam industri muzik. Apa yang menarik, hantaran terbaik akan dipilih untuk siaran di saluran rasmi YouTube Levi’s.

Menjelang tahun baharu, Levi’s Malaysia kini berjaya menutup tirai kempen yang telah berlangsung selama tiga bulan. Sejak pelancaran ‘Levi’s Music Project’ lima tahun lalu, ia telah membekalkan para peserta dengan ilmu yang membolehkan mereka melangkah lebih jauh dalam arena muzik. 

Projek ini sentiasa menggalakkan para penggiat seni untuk tampil dengan identiti tersendiri dalam menghasilkan karya mereka. Selain itu membuktikan bahawa muzik menjadi bahasa yang dapat menghubungkan setiap insan daripada pelbagai latar belakang. 

Berkongsi mengenai penglibatannya sebagai mentor, penyanyi Yuna berkata, dia bertuah dapat berkongsi ilmu dan pengalaman yang dikutip selama ini dengan bakat baru.

“Sebagai artis kelahiran Malaysia yang sudah lama bertapak dalam industri muzik dalam dan luar negara, saya berasa sangat bertuah kerana dapat berkongsi ilmu, nasihat dan pengalaman  bersama ramai bakat baharu. 

“Bagi saya sesi perkongsian ini sangat penting untuk mendorong mereka serta mengasah lagi bakat sedia ada. Sepuluh artis yang disenarai pendek ini dipilih lewat cabaran adunan semula lagu saya ‘Dance Like Nobody’s Watching’. Mereka dipilih oleh saya dan panel juri termasuk Jennifer Thompson, Mike Chan dan Kim Lim. 

“Apa yang menarik, kesemua artis ini datang dari pelbagai latar belakang dan miliki gaya muzik tersendiri. Ada juga yang baharu sahaja terjun dalam bidang penerbitan muzik malah ada juga yang baharu berusia 16 tahun.

“Saya kagum dengan mereka kerana sentiasa bersemangat dan bersedia menerima kritikan dan cadangan dengan minda yang terbuka.”

Barisan tenaga profesional dan berpengalaman yang terbabit dalam projek ini.
Barisan tenaga profesional dan berpengalaman yang terbabit dalam projek ini.

Bengkel interaktif dan sesi perkongsian yang diadakan melalui pelayan Discord global 'Levi’s Music Project' ini telah mewujudkan satu platform buat artis muda untuk berkongsi pendapat tentang muzik dan menerima nasihat secara langsung daripada mentor veteran.

Selain itu, ia juga memberi perspektif yang lebih besar mengenai dunia hiburan dan pemasaran muzik secara digital.

Bakat muda yang bertuah terpilih menyertai kempen ini adalah Herbal Candy, Hello Luqman, Belle Sisoski, Daaliah, Babychair, Late Night Frequency, Banni Basyishar, Karazey, Fikman dan Klein. - Getaran, 10 Februari 2022

Gambar: Levi’s MY, VCR & 43 Coffee

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Gaya 9 bulan yang lalu

Zara Pamer Imej Sensitif, Umpama Sokong Pembunuhan Di Gaza

3

Jelajah 9 bulan yang lalu

Lotus's Kongsi Kegembiraan Menerusi Kempen Playful And Joyful Moments

4

TARA 11 bulan yang lalu

Janganlah Malas Periksa Payudara, Pengesanan Awal Boleh Selamatkan Nyawa

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara