web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Legasi: Enggan Berhenti, Siti Nyanyi Lagi

Album terbaharu Dato’ Seri Siti Nurhaliza mengangkat lagu-lagu rakyat di zaman kecilnya.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2021 8:45AM

Gambar: Mohd. Azim Abd. Rahman

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi Dato’ Seri Siti Nurhaliza mencatat sejarah tersendiri selama 25 tahun di dalam industri muzik apabila beliau telah menghasilkan 12 album pop, lima album tradisional, dua album duet, sebuah album kerohanian dan album Inggeris, tujuh album konsert serta album koleksi lagu raya.

Baru-baru ini, Siti melunaskan impiannya sejak beberapa tahun lalu bagi menghasilkan album kanak-kanak yang bertajuk Legasi.

Album ini mengandungi tujuh lagu termasuk intro dodoian. Istimewanya di dalam album ini, Siti turut menghasilkan sebuah lagu khas buat anak keduanya yang bakal dilahirkan, yang diberi judul ‘Anakanda’. 

Sebuah lagi lagu ciptaan Siti sebelum ini iaitu 'Comel Pipi Merah' untuk Siti Aafiyah turut dimuatkan di dalam album tersebut. Lain-lain lagu adalah ‘Anakku Sayangku’ (lagu asal ‘Anakku Sazali’), ‘Medley Klasik Siti 2’, ‘Bintang Kecil’ dan ‘Burung Kakak Tua.’


Siti yang kini hamil 8 bulan gigih menyiapkan rakaman vokal dan muzik video sebelum berehat untuk persediaan melahirkan anak keduanya dan berpantang. 

Menurut Siti, penerbitan album kanak-kanak ini adalah usaha beliau bagi melestarikan lagu rakyat, khususnya lagu kanak-kanak Nusantara supaya terus diingati dan menjadi warisan generasi akan datang.

Sebagai penyanyi yang bergelar ibu, Siti berpendapat lagu atau muzik kanak-kanak mempunyai impak positif bagi membantu perkembangan dan pembelajaran mereka. Kanak-kanak dilihat lebih cepat belajar dan peka dalam mempelajari bahasa, kreativiti, motivasi dan tunjuk ajar. 

“Apa yang penting adalah mesej yang kita sampaikan dalam sesebuah lagu. Anak-anak ini akan cepat belajar dan memahami. Justeru, melalui olahan lirik lagu kanak-kanak ini, saya memberikan mesej yang baik dan berguna buat mereka,” ucap Siti.


Pada masa sama, Siti turut melancarkan ‘Medley Klasik Siti 1,’ yang mengandungi lagu-lagu rakyat seperti Buai Laju-Laju, Tepuk Amai-Amai, Suriram dan Bunga Matahari.

Siti memberikan kepercayaan kepada penerbit muda, Pown Hasril bagi memberikan sentuhan baharu bagi penghasilan ‘Medley Klasik Siti1.’

Paling menarik, ‘Medley Klasik Siti 1’ adalah lagu kanak-kanak yang sering dinyanyikan oleh Siti bersama rakan-rakan kecilnya sewaktu tinggal di berek polis di Kuala Lipis, Pahang dahulu.

Nostalgia puluhan tahun lalu diabadikan oleh beliau di dalam lagu dan berharap agar anakanda Siti Aafiyah mengenal lagu kanak-kanak zaman beliau dahulu. 

Legasi akan dilancarkan di semua saluran digital pada 1 April 2021 dengan kerjasama Siti Nurhaliza Productions dengan Universal Music Malaysia sebagai rakan pengedar rasmi. – Getaran, 24 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 bulan yang lalu

Negara Perlukan Lebih Ramai Pengkarya Lagu Patriotik

2

Muzik 3 bulan yang lalu

3 Kategori Utama Tiket Konsert Solo Terakhir Datuk Awie Habis Dijual

3

Muzik 3 bulan yang lalu

Aina Abdul, Ernie Zakri Bakal Berduet Lagu 'Kurik Kundi' Di Konsert Destiny Of Music

4

Muzik 5 bulan yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara