web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'We Can’t Be Saved' - Kolaborasi Unik Trophy Knives Dengan Penyanyi Anti-Flag, Chris#2 Dari Amerika  

Band muzik punk rock dari Kuala Lumpur ini juga bakal membuat persembahan sempena kemunculan album mereka bersama rakan-rakan band muzik lain di The Bee KL pada Hari Malaysia. 

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2022 4:30PM

Anggota terkini Trophy Knives (dari kiri) Sani Khalid, Vinesh M dan Ryan Lee Bhaskaran. - Gambar dari Instagram Trophy Knives

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kumpulan punk rock tempatan, Trophy Knives menyifatkan kemunculan album terbaharu dan kedua mereka, Look The Other Way sebagai sebuah produksi yang kemas dan padat dengan pelbagai faktor musikaliti. 

Bahkan, Trophy Knives yang kini dianggotai Vinesh M (vokalis), Sani Khalid (gitar utama) dan Ryan Lee Bhaskaran (dram) ini juga bukan setakat mengambil serius tentang hal-hal berkaitan dengan susunan melodi muzik mereka tetapi juga mesej di dalam setiap lagu. 

Look The Other Way bakal menampilkan 9 buah lagu yang juga akan dipasarkan dalam bentuk fizikal (CD dan piring hitam atau vinyl). 

Apa yang menarik, album dalam format piring hitam turut memuatkan single 'We Can’t Be Saved' dengan penyanyi jemputan Chris#2 dari kumpulan punk ikonik dari Amerika Syarikat, Anti-Flag, sebagai lagu bonus.

Pernah mengeluarkan album pertama berjudul Glass Ceiling pada 2019, band muzik yang berasal dari Kuala Lumpur ini juga menganggap bahawa penghasilan Look The Other Way bagaikan suatu proses bersalin kulit. 

“Selepas pengunduran pemain bass, Syamir Ali, kami mula bereksplorasi dengan elemen-elemen muzik yang baru sebagaimana yang dapat didengar daripada album terbaru ini,” kata Vinesh selaku vokalis. 

Sempena kemunculan album mereka, Trophy Knives bakal menganjurkan sebuah konsert khas di The Bee, Publika pada 16 September 2022 yang juga bersamaan dengan Hari Malaysia. 

Pada malam konsert itu juga, mereka turut mengundang beberapa rakan band muzik seperti Jemson, An Honest Mistake serta trio, Emo Night KL untuk beraksi di pentas yang sama. 

Bahkan, mereka juga akan mempersembahkan kesemua lagu yang dimuatkan di dalam album Look The Other Way secara eksklusif buat kali pertama! 

Kata Vinesh lagi, mereka memilih Hari Malaysia untuk mengadakan konsert ini kerana mereka berbangga menjadi anak Malaysia dan kami mahukan agar keharmonian negara ini terus kekal tanpa sebarang prejudis di antara kaum, agama dan kepercayaan. 

Gambar dari Instagram Trophy Knives
Gambar dari Instagram Trophy Knives

“Di dalam setiap lagu kami terdapat mesej yang mendalam tentang hak-hak kemanusiaan dan kami percaya kita masih punyai harapan untuk membina sebuah negara yang ideal, maju dari segala segi dan juga bebas berkarya tanpa halangan yang tidak munasabah. 

“Ianya mungkin agak berat tapi ia perlu dibincangkan. Namun Trophy Knives akan memastikan elemen hiburan tetap diutamakan. Itu amat penting kerana peminat-peminat kami sudah pasti mengharapkan sesuatu yang di luar jangkaan dari kami,” katanya.  

Sementara itu, Ryan Lee pula memberitahu, mereka amat berbangga kerana dapat berkongsi pentas bersama rakan-rakan pemuzik mereka pada 16 September nanti. 

“Mereka ini juga adalah di antara kumpulan-kumpulan rock generasi baru terbaik di Malaysia. Setelah bertahun-tahun berkecimpung di dalam industri muzik, kami sedar bahawa muzik punk rock seringkali dianaktirikan 

“Tapi, Kumpulan-kumpulan seperti Jemson, An Honest Mistake, Emo Night KL dan ramai lagi di luar sanalah yang telah berjuang untuk mengekalkan genre ini agar terus hidup di Malaysia dan ia memerlukan pengorbanan yang besar. 

“Kami amat terharu kerana dapat meraikan kejayaan ini bersama mereka, lebih-lebih lagi sudah agak lama kami tidak membuat persembahan bersama. Harapan kami agar semua peminat muzik, bukan sahaja muzik punk atau muzik rock, akan turut hadir. Muzik adalah universal,” kata Ryan Lee.

Look The Other Way akan berada di semua platform penstriman pada 9 September 2022 dan tiket untuk menghadiri konsert Look The Other Way kini boleh didapati di https://trophy-knives.peatix.com/

Muzik video Trophy Knives yang terbaru bertajuk Elder Snakesman kini sudahpun boleh ditonton di YouTube. Untuk maklumat terkini tentang Trophy Knives, ikuti mereka di Instagram via @trophyknivesband dan Facebook via Trophy Knives. – Getaran, 9 September 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 bulan yang lalu

Negara Perlukan Lebih Ramai Pengkarya Lagu Patriotik

2

Muzik 3 bulan yang lalu

3 Kategori Utama Tiket Konsert Solo Terakhir Datuk Awie Habis Dijual

3

Muzik 3 bulan yang lalu

Aina Abdul, Ernie Zakri Bakal Berduet Lagu 'Kurik Kundi' Di Konsert Destiny Of Music

4

Muzik 5 bulan yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia