web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Konsert Faztival Fazura Pukau 8,000 Penonton, Catat Sejarah Sendiri Dalam Malaysia Book of Records 

Pengasas Fazura iaitu Fazura sendiri tidak menyangka konsert itu akan mendapat sambutan luar biasa dan merancang menjadikan Faztival Fazura sebagai acara tahunan. 

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2022 10:00AM

Konsert Faztival Fazura 2022 mencipta dua rekod baharu dalam Malaysia Book of Records iaitu The Largest ‘Tudung Fazura’ Gathering in an Event dan The Largest Tudung Bawal in Malaysia. - Gambar Faztival Fazura

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Konsert Faztival Fazura 2022 bukan sahaja berjaya mengumpulkan kehadiran 8,000 penonton tetapi juga turut mencipta dua rekod baharu dalam Malaysia Book of Records bagi peringkat kebangsaan iaitu The Largest ‘Tudung Fazura’ Gathering in an Event dan The Largest Tudung Bawal in Malaysia.

Persembahan Amir Masdi di hadapan lebih 8,000 penonton yang cukup menghangatkan. - Gambar Faztival Fazura
Persembahan Amir Masdi di hadapan lebih 8,000 penonton yang cukup menghangatkan. - Gambar Faztival Fazura

Konsert yang dianjurkan dibawah jenama Fazura yang telah berlangsung Axiata Arena, Bukit Jalil malam tadi turut menghimpunkan penyanyi terkemuka tempatan yang lain seperti Datuk M Nasir, Datuk Awie, Ratu Rock Malaysia, Ella, Zizi Kirana, Amir Masdi, Ruffedge dan Ippo Hafiz. 

Turut membuat persembahan (dari kiri) Zizi Kirana, Datuk M Nasir dan Ella. - Gambar Faztival Fazura
Turut membuat persembahan (dari kiri) Zizi Kirana, Datuk M Nasir dan Ella. - Gambar Faztival Fazura

Serentak dengan penganjuran konsert tersebut, pengasas Fazura iaitu Nur Fazura Sharifuddin yang lebih mesra dikenali sebagai Faz juga telah melancarkan produk terbaharu dipasarkan syarikatnya iaitu Fazura BeautyWater, minuman tanpa gula yang diperkaya dengan lycopene, untuk mencantikkan kulit secara semulajadi.

Kumpulan Ruffedge - Gambar Faztival Fazura
Kumpulan Ruffedge - Gambar Faztival Fazura

Selaku pengasas, Faz meluahkan rasa sangat terharunya dengan sambutan luar biasa yang diberikan terhadap konsert sulung Faztival pada tahun ini. 

Penampilan istimewa aktor yang juga suami Fazura, Fattah Amin. - Gambar Faztival Fazura
Penampilan istimewa aktor yang juga suami Fazura, Fattah Amin. - Gambar Faztival Fazura

“Alhamdullillah Faz bersyukur kerana konsert ini mendapat sambutan luar biasa dan tidak menyangka dapat mencipta dua rekod baharu Malaysia Book of Records,” katanya yang berharap untuk menjadikan Faztival Fazura sebagai acara tahunan anjuran syarikatnya. 

Fazura sendiri turut mendendangkan medley lagu popular beliau. - Gambar Faztival Fazura
Fazura sendiri turut mendendangkan medley lagu popular beliau. - Gambar Faztival Fazura

Sorakan berterusan penonton di Axiata Arena malam tadi turut diserikan nyanyian Nur Fazura sendiri dengan medley lagu popular beliau dan diakhiri dengan gubahan semula lagu “Jika Cinta Allah” yang diiringi petikan gitar akustik, Ahmad Dhani.

Persembahan khas Ahmad Band diketuai Ahmad Dhani. - Gambar Faztival Fazura
Persembahan khas Ahmad Band diketuai Ahmad Dhani. - Gambar Faztival Fazura

Ahmad Dhani dan Mulan adalah dua orang artis Indonesia jemputan khas yang telah membuat persembahan pada konsert sulung Faztival Fazura tersebut. Konsert Faztival Fazura 2022 diakhiri persembahan khas Ahmad Band yang diketuai Ahmad Dhani. 

Selain menghargai peminatnya, anjuran konsert seperti ini juga disasarkan syarikat Fazura untuk membantu merancakkan industri hiburan tanahair dan kegiatan ekonomi industri hiliran yang lain seperti pelancongan yang telah banyak menerima kesan akibat pandemik COVID-19. - Getaran, 13 September 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 6 hari yang lalu

Fazura Fail Permohonan Cerai, Sahkan Desas-Desus Rumah Tangga Bergolak

2

Semasa 2 bulan yang lalu

3 Generasi Masak 10,000 Pek Mi Goreng Sotong Percuma 24 Jam

3

Semasa 7 bulan yang lalu

'Fear Of Missing Out' Boleh Beri Impak Positif Dalam Era Digital - Fahmi

4

Gaya 7 bulan yang lalu

Fazura Pastikan Produknya Mampu Milik

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara