web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Selepas 30 Tahun, Baru Dapat Rakam Single Pertama, Jeff Abdullah Tak Kisah Jadi  Bakat Baru Pada Usia 47 Tahun 

Jeff, seorang penyanyi busker tampil dengan single pertama berjudul Daun Semalu yang bergenre balada rock era 90-an. 

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2022 5:18PM

Jeff Abdullah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Usia bukan penghalang untuk seseorang mencapai impian termasuk berjaya dalam bidang yang diminati meskipun terpaksa bersaing dengan mereka  yang jauh lebih muda.

Penyanyi busker, Jeff Abdullah, 47, mengakui  pengalaman berada bidang muzik sejak 30 tahun lalu, memberi lebih keyakinan kepadanya untuk meneroka peluang baharu dengan lebih serius terutama menjadi penyanyi rakaman. 

Walaupun baru kini menemui jalan untuk mengembangkan kerjaya yang juga adalah minatnya itu, Jeff tidak malu atau kekok menggelarkan diri sebagai bakat baru, bahkan menganggap  peluang itu sebagai takdir yang tertulis.

“Sebenarnya, saya sedar ramai yang di luar sana akan mempersoalkan mengapa saya hendak bertatih menjadi artis arus perdana ketika mencecah 47 tahun. Mengapa tidak dari dahulu lagi. 

“Sebenarnya, bukan tidak pernah mencuba. Sudah pelbagai pertandingan nyanyian saya sertai, termasuk program popular seperti Akademi Fantasia (AF) dan Malaysian Idol, namun rezeki tidak menyebelahi.

“Tambahan pula, ketika itu, saya masih terikat dengan kerja tetap. Jadi, tidak boleh memberikan sepenuhi tumpuan pada komitmen nyanyian,” ujarnya ketika pelancaran single ‘Daun Semalu’ terbitan WAMO NSG Enterprise diadakan di Damai Mall KLCC, di sini.

Anak kelahiran Teluk Intan yang sudah 10 tahun menjadi busker ini juga memberitahu bahawa dia  sememangnya  sudah lama menyimpan hasrat untuk menghasilkan single pertamanya, ‘Daun Semalu’ sebagai pengenalan kepada peminat muzik.

Namun, ketika dia merancang untuk melancarkannya pada tahun 2020, dunia pula dilanda pandemik COVID-19.

“Saya percaya apabila seseorang ada bakat, tidak kira berapa usianya, orang tetap mahu melihat dia menyanyi. Begitu juga apabila ada yang beranggapan, tiada rupa dan pakej, susah untuk kita mendapat perhatian.

“Saya turut berpendapat bahawa semuanya bergantung kepada usaha kita sendiri. Kalau niat kita baik dan kita tekun berusaha, dan ada bakat, ada masa nanti kita akan menyinar. 

“Cuma, peminat kena beri ruang untuk mereka buktikan. Hal yang sama juga saya harapkan, berikan saya peluang untuk serlahkan bakat nyanyian yang ada,” jelasnya.

Ketika ditanya mengenai persoalan persaingan dengan artis-artis muda atau digelar sebagai Budak-Budak Baru Nak Up (BBNU), Jeff berkata dia mempunyai cara dia sendiri bagi menyerlahkan lagi bakatnya.

“Saya akui bukan mudah untuk bersaing dengan artis BBNU ini. Apalagi, ketika ini, mereka sedang mendominasi industri, sesuai dengan perkembangan semasa.

“Namun saya rasa, mereka ini ada cara mereka tersendiri dan saya pula mempunyai cara saya tersendiri. Sebagai contoh, saya kekalkan genre balada rock seperti muzik era 1990-an menerusi single 'Daun Semalu' ini.

“Boleh dikatakan, buat masa ini, mungkin tidak ada penyanyi muda yang membawakan genre begini. Jadi, saya memegang ia sebagai alternatif saya untuk pasang strategi untuk membawakan lagu genre seperti ini. 

“Malah, dengan adanya media sosial khususnya, TikTok, semakin banyak lagu lama dikembalikan menerusi platform ini,” kata Jeff.

Menurut Jeff lagi, setiap genre muzik mempunyai kelompok pendengar yang tersendiri dan dia  yakin akan ada golongan yang akan menyukai lagunya.

“Sebenarnya, sehingga kini ada ramai peminat muzik yang berpendapat bahawa lagu era 90-an ini lebih menusuk jiwa dan membawakan memori lama kepada pendengar. Itu yang kita mahukan.

“Bagi saya, saya tidak ingin bersaing dengan mana-mana artis. Saya cuma mahu penggemar muzik tahu mengenai kewujudan lagu saya ini, selain mengumpul peminat sendiri,” katanya. – Getaran, 29 September 2022

 

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Kenapa Harga Lesen 'Busking' Berbeza-Beza?

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara