web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


IamNeeta Risau Jika Single Baharu, 'Depresi' Dianggap Sebagai Satu Gimik Atau Isu Viral 

Walhal, lagu Depresi itu dihasilkan kerana IamNeeta mahu memberi kefahaman yang lebih mengenai depresi dan bagaimana perasaan seseorang yang mengalami depresi.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2022 7:00PM

IamNeeta kini kembali dengan single terbaharu berjudul 'Depresi'. - Gambar ihsan NAR Records

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hampir semua golongan memahami maksud kemurungan namun mungkin ramai yang tidak mengetahui apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan gejala itu.

Individu yang mengalami kemurungan atau depresi akan mempunyai rasa sedih yang melampau, tidak aktif, sering rasa ingin tidur, tidak seronok melakukan perkara diminati dan berasakan tiada harapan untuknya.

Bagi memberi kefahaman yang lebih mengenai depresi dan bagaimana perasaan seseorang yang mengalami depresi, kumpulan IamNeeta hadir dengan lagu terbaharu berjudul 'Depresi'.

“Banyak dah kes yang kita dengar tentang depresi yang berakhir dengan perkara yang menyedihkan. Hal itu terjadi mungkin kerana masyarakat kini kurang peka dan faham tentang depresi.

“Jadi menerusi lagu ini, harap masyarakat akan sama-sama faham apa yang dialami oleh penghidap depresi,” ujar Anas selaku pemain bass di dalam kumpulan.

Mencipta lagu ini, permain gitar kumpulan ini iaitu Patrick Anohada, mengakui muncul kerisauan antara mereka untuk menyampaikan subjek yang begitu berat dalam bentuk sebuah lagu.

“Depresi adalah satu subjek yang amat kompleks kalau kita ingin menyampaikan dalam bentuk lagu dan muzik, namun saya tidak begitu risau ketika mendapat melodi dan idea lagu ini.

“Yang lebih merisaukan tentang lagu ini adalah penyanyi kami Neeta, kerana bagi dia Depresi adalah satu isu sensitif,” jelas Patrick.

Gambar ihsan NAR Records
Gambar ihsan NAR Records

Berkongsi mengenai kerisauannya, Neeta Manis berkata, dia tidak mahu orang ramai berpendapat bahawa dia ingin menjual isu depresi.

“Sejujurnya, saya tidak risau mengenai lirik atau melodi lagu ini, namun saya risau berkenan penerimaan orang dan isu selepas lagu ini dilancar.

“Saya tidak mahu orang kata lagu ini adalah gimik atau lagu viral semata-mata, apatah lagi bila ramai di luar sana yang juga melalui pengalaman depresi. Jadi, kami perlu fikirkan cara supaya mesej lagu ini benar-benar dapat disampaikan dengan berguna kepada yang memerlukan. 

“Jadi bagi mengelak kontroversi orang ramai, kami masukkan nombor talian jika orang yang mengalami masalah depresi ini, memerlukan bantuan.

“Kalau lepas ini ada persembahan dengan mana-mana badan atau persatuan yang menyentuh tentang isu ini pun, kami akan cuba tolong. Ia bukan sekadar sementara sahaja,” tambah Neeta.

Menurut Anas lagi, lagu depresi ini membawa versatiliti dalam band mereka yang sebelum ini asyik mengangkat lagu tema tentang dan sakit putus cinta. 

“Sebagai kumpulan muzik, lagu-lagu kami sebelum ini hanya berkenan cinta dan putus cinta, jadi kami fikir untuk membawa satu kelainan.

“Jadi menerusi lagu in, harap masyarakat akan sama-sama faham apa yang dialami oleh penghidap depresi,” ujar Anas selaku pemain bass.

Kumpulan IamNeeta yang memasuki sedekad dalam industri seni tanah air,  turut berharap agar semua yang menghidap depresi akan terus kuat dan jangan pernah mengalah. 

“Jangan malu untuk meminta bantuan kerana di Malaysia sekarang banyak NGO yang boleh kita rujuk salah satunya MIASA (Mental Illness Awareness & Support Association di talian 1800-82-0066. Anda tidak keseorangan,” pesan mereka.

Lagu 'Depresi' boleh mula dilayari di semua platform penstriminan digital muzik mulai dari 16 Disember 2022 dan boleh ditonton di saluran Youtube NARTVNETWORK. - Getaran, 19 Disember 2022 

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 bulan yang lalu

Negara Perlukan Lebih Ramai Pengkarya Lagu Patriotik

2

Muzik 3 bulan yang lalu

3 Kategori Utama Tiket Konsert Solo Terakhir Datuk Awie Habis Dijual

3

Muzik 3 bulan yang lalu

Aina Abdul, Ernie Zakri Bakal Berduet Lagu 'Kurik Kundi' Di Konsert Destiny Of Music

4

Muzik 5 bulan yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara