web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Suria FM Cipta Rekod Bersiaran Dari Atas Kapal Persiaran Mewah Genting Dream 

Sejarah baru tercipta untuk stesen radio Suria FM apabila menjadi stesen radio Malaysia pertama yang bersiaran dari atas kapal persiaran mewah dan diiktiraf di dalam Malaysia Book Of Records. 

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2023 4:00PM

Segmen Morning Morning Suria telah bersiaran secara langsung dari atas kapal mewah Genting Dream selama dua jam sambil ditemani oleh tiga artis undangan - Gambar Instagram Suria Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejarah tercipta buat stesen radio popular, Suria FM apabila telah berjaya mengukir nama dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai Stesen Radio Pertama Bersiaran Di Atas Kapal Persiaran Mewah Genting Dream pada 10 Januari lalu.

Tiga penyampai segmen Morning Morning Suria iaitu Shuib, Ajak dan Suraya telah bersiaran secara langsung dari atas kapal mewah itu selama dua jam sambil ditemani oleh tiga artis undangan antaranya Siti Nordiana, Amir Masdi dan Andi Bernadee. 

Pengurus Besar Suria, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin berkata misi itu bukan sekadar sempena sambutan ulang tahun ke-15 tahun ini, malah meraikan kejayaan stesen itu melonjak ke tempat ketiga stesen radio paling popular di Malaysia. 

“Alhamdulillah ini adalah pembukaan tahun 2023 yang sangat bermakna bagi kami dalam memastikan momentum stesen ini terus berada dekat di hati peminat. 

“Sebenarnya saya secara peribadi memang berhasrat untuk melakar sejarah dalam MBOR sejak menjawat jawatan pengurus besar pada 2018. Syukur akhirnya tahun ini tercapai berkat sokongan warga kerja kami.

“Lebih bermakna siaran ini mendapat pengiktirafan MBOR. Saya melihat kerja keras kami berhasil dan ia menjadi pembakar semangat untuk terus berjaya di masa akan datang,” katanya ketika ditemui di sidang media yang berlangsung di atas kapal.

Kongsi pengendali segmen Suria Cinta ini lagi, bukan mudah untuk merealisasikan impian ini yang mengambil masa kira-kira lima bulan untuk dirancang. 

"Untuk mencipta sesuatu yang besar seperti ini, kita perlukan persiapan yang rapi. Suria FM ingin berterima kasih kepada pihak Resort World Genting diatas kerjasama ini.

"Untuk cipta rekod ini bukan mudah. Bersiaran dari atas kapal memerlukan kepakaran dari segi teknikal. Andai berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini, rekod ini boleh terbatal. 

"Saya sampai tak boleh tidur malam memikirkan apa yang akan berlaku sewaktu kami akan bersiaran secara langsung nanti.

"Tetapi Alhamdulillah semuanya telah berjalan dengan lancar dan kami telah berjaya mencipta rekod sebagai stesen radio pertama di Malaysia yang bersiaran secara langsung dari atas kapal persiaran mewah," ujarnya. 

Lebih istimewa kali ini Suria FM turut membawa lima pendengar bertuah yang menyertai peraduan Suria 15 Tahun yang dijalankan sepanjang November dan Disember 2022.

Selain pendengar bertuah, Suria FM turut membawa 15 pihak media untuk sama-sama menyaksikan momen bersejarah ini merentasi Selat Melaka selama empat hari tiga malam bermula dari Pelabuhan Klang menuju ke Pulau Pinang seterusnya ke Singapura. - Getaran, 11 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara