Biarpun terus menerima kecaman tentang kebolehannya untuk menyanyi secara ‘live’, namun Nabila Razali tetap teguh untuk terus melangkah ke hadapan demi melebarkan kerjaya seninya.
Bahkan, Nabila Razali membuka tahun baharu ini dengan sebuah single duet, Selagi Ku Ada bersama Khai Bahar. Ia merupakan single duet kedua Nabila Razali selepas Tak Ingin Usai bersama penyanyi sensasi Indonesia, Keisha Levronka.
Apa yang menarik juga, 'Selagi Ku Ada' juga adalah single duet pertama Nabila Razali bersama penyanyi lelaki dan memilih Khai Bahar sebagai pasangan duet lelaki pertamanya ini bukanlah suatu yang menghairanka kerana Khai memang sudah dikenali sering berduet dengan penyanyi-penyanyi wanita.
Kata Nabila, dia bersyukur projek istimewa itu berjalan lancar dan gembira dengan respon luar bisa peminat walaupun sebelum lagu ini dilancarkan secara rasmi.
“Alhamdulillah, saya bersyukur perancangan menghasilkan lagu duet berjalan lancar. Juga berterima kasih kepada Khai yang sudi untuk menjadi rakan duet saya. Saya harap lagu ini dapat diterima peminat kami dan disukai pendengar muzik tempatan,” ujarnya.
Nabila dan Khai Bahar ditemui pada majlis pelancaran selagi ku ada di Dadi Cinema, Pavilion pada semalam.
Sementara itu, Khai yang sudah menghasilkan tujuh lagu duet bersama beberapa penyanyi wanita tahah air pula berkata, ini merupakan kolaborasi yang sememangnya ditunggu-tunggu.
“Alhamdulillah, ini adalah kolaborasi yang saya nantikan dan bersyukur semuanya berjalan seperti dirancang. Pertama kali dengar lagu ciptaan Amylea membuatkan saya teruja dan berharap peminat juga dapat jatuh cinta dengan lagu ini,” ujarnya.
'Selagi Ku Ada' juga merupakan runut bunyi bagi drama 'Kerana Cinta Itu Ada' (lakonan Nabila Razali & Aedy Ashraf) dan merupakan ciptaan sepenuhnya komposer dan penyanyi Amylea
Azizan. Drama 'Kerana Cinta Itu Ada' sedang bersiaran di Slot Akasia TV3 setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 petang.
'Selagi Ku Ada' berkisahkan tentang pasangan yang terpaksa berjauhan dan merindukan satu sama lain setelah satu krisis yg telah memisahkan mereka berdua. Namun, selagi masih ada waktu mereka akan cuba untuk kembali bersama.
Muzik video 'Selagi Ku Ada' telah menjalani penggambaran selama dua hari di sebuah resort di Janda Baik, Pahang dan diarahkan sendiri pengarah drama kerana 'Cinta Itu Ada' iaitu Azri Izhar.
'Selagi Ku Ada' merupakan kolaborasi empat syarikat iaitu Nabila Razali Entertainment, Global Keynote, Alternate Records Sdn Bhd & Grateful Music Entertainment dan diedarkan
Universal Music Malaysia.
Lagu 'Selagi Ku Ada' boleh distrim dan ditonton di semua platform penstriminan muzik digital bermula semalam dan muzik videonya boleh ditonton di saluran YouTube, Nabila Razali Entertainment. - Getaran, 12 Januari 2023