web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Khai Bahar Nafi Sertai Parti Liar Sejak Berkawan Dengan Pempengaruh Dan Usahawan Wanita

Khai dikatakan sering berhibur di parti liar sejak berkawan dengan seorang pempengaruh dan usahawan popular.

Selebriti Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2024 9:55PM

Khai Bahar dikatakan gemar menghadiri parti liar. – Gambar Instagram.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tiada angin tiada ribut tiba-tiba sahaja nama penyanyi popular kesayangan ramai, Khai Bahar dikatakan gemar menghadiri parti liar.

Pelantun lagu Bayang itu dikatakan mula melibatkan diri dengan aktiviti tersebut sejak berkawan dengan seorang pempengaruh dan usahawan wanita.

Menurut Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharudin, 30, dia akui ada berhibur di sebuah premis hiburan, tetapi bukan parti liar seperti yang didakwa.

"Saya tidak pernah akui yang saya ni seorang yang baik. Saya berkawan dengan semua orang. Apa yang kawan-kawan saya buat saya tak ambil peduli. Itu adalah urusan mereka.

"Apa yang saya tahu, saya jumpa mereka kadang-kadang atas urusan kerja ataupun menyambut ulang tahun kelahiran, makan-makan, rumah terbuka, karaoke dan sebagainya.

"Bila kita pergi karaoke sudah pasti suasana dalam bilik tersebut gelap, dan dihidangkan snek, minuman ringan dan sebagainya. Setiap bilik karaoke tidak sama. Ada yang pasang lampu-lampu yang boleh menimbulkan persoalan sama ada kelab malam atau pusat karaoke.

"Saya anggap perkara tersebut sekadar untuk menghiburkan diri sendiri bersama teman-teman," katanya ketika ditemui di sesi bersama media di pejabat urusan Indigital Music di Petaling Jaya.

Khai Bahar akui ada berhibur di sebuah premis hiburan, tetapi bukan parti liar seperti yang didakwa.
Khai Bahar akui ada berhibur di sebuah premis hiburan, tetapi bukan parti liar seperti yang didakwa.

Namun kata anak jati kelahiran Perlis ini, dia sudah tidak lagi melibatkan diri dengan aktiviti tersebut selepas arwah ibunya jatuh sakit.

"Selepas ibu saya jatuh sakit sekitar penghujung 2021, saya sudah tidak lagi membabitkan diri dengan aktiviti tersebut. Saya hanya fokus pada ibu saya.

"Disebabkan itu juga saya ada dapat rungutan daripada kawan-kawan yang mengatakan bahawa saya sudah lupakan mereka. Tetapi sebenarnya saya fokus menjaga ibu," jelasnya.

Tambah Khai lagi, kini dia lebih selesa untuk berhibur di rumah dengan mengajak teman-temannya lepak bersama.

"Saya beritahu kawan-kawan jika mereka ingin berkaraoke, datang sahaja rumah saya.

"Bilik saya besar. Bukanlah nak riak. Macam-macam boleh dilakukan dalam bilik tu. Nak karaoke, tengok Netflix, tab mandi pun ada.

"Jadi kalau nak berhibur datang sahaja rumah saya. Sebab rumah saya ada kakak, abang dan adik. Mereka semua tahu apa yang saya lakukan di rumah," ujarnya.

Beralih ke soal kerjaya seni, Khai kini muncul dengan lagu baharu berjudul Bawa Hatiku Bersama Kamu ciptaan komposer terkenal, Ajai.

Kata Khai, dia sudah lama mengimpikan untuk bekerjasama dengan Ajai.

"Tak sangka saya dipilih oleh Ajai untuk menyanyikan lagu ini.

"Pengalaman bekerja dengan Ajai sangat berharga. Agak lama juga proses untuk saya rakam lagu ini. Saya berada di dalam studio bermula dari lepas Isyak sehingga jam 3 pagi.

"Ajai seorang yang sangat teliti dengan kerjanya. Memang proses rakaman ini sangat berbeza buat saya," katanya yang merakamkan lagu tersebut dua tahun lalu. - Getaran, 6 Jun 2024

Foto : Instagram, Helmi Anuar
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

28 Ditahan Sertai Parti Liar Di Genting Highlands

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Selepas Keisya Levronka Nabila Razali Pilih Khai Bahar Jadi Pasangan Duet Lelaki Pertama 

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Shiha Zikir, Khai Bahar & Dolla Paling MeleTOP!

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Khai Bahar Antara Pemenang Anugerah Carta Nasyid IKIM

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Nurhaliza Muncul Dengan ‘Magis’ Terbaharu

oleh Rahayu MN