web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


28 Ditahan Sertai Parti Liar Di Genting Highlands

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2023 12:24PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 28 individu termasuk sembilan wanita ditahan selepas dipercayai menyertai parti liar di sebuah banglo di Genting Highlands, Pahang, petang kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 4 petang itu, semua suspek berusia antara 26 hingga 48 tahun ditahan hasil maklumat awam kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yusoof berkata, hasil pemeriksaan ujian saringan air kencing ke atas semua suspek mendapati mereka positif dadah.

Menurut beliau, dadah yang dipercayai digunakan kesemua suspek adalah jenis Ketamin dan Amphetamine.

“Semua suspek ditahan reman selama satu hingga dua hari bermula 14 Februari (semalam) sehingga esok untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Sekiranya didapati bersalah mereka boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda RM 5,000 atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, beliau mengucapkan penghargaan kepada orang awam yang menyalurkan maklumat berhubung perkara tersebut.

“Kejayaan ini hasil maklumat orang awam dan PDRM mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang sentiasa peka terhadap perlakuan jenayah mahupun dadah di sekeliling mereka walaupun dilakukan di tempat yang tersembunyi.

“PDRM menggesa orang ramai agar terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis khususnya berkaitan aktiviti dadah, jenayah dan lain-lain,” katanya.

Beliau turut memberi amaran tegas bahawa pihak polis tidak akan berkompromi dalam menangani isu dadah mahupun jenayah yang berlaku di bawah pentadbiran Kontinjen Pahang. - Getaran, 15 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Rampas Peralatan Darjah Kebesaran Palsu Daripada Pengarah Syarikat Telekomunikasi

4

Semasa 3 bulan yang lalu

2 Warga China Maut, 19 Selamat Bas Persiaran Terbalik Di Genting Highlands

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 9 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad