web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2023 Tahun Tuah Buat Ernie Zakri? - Kini Wajah Hiasi Papan Iklan Digital New York Times 

Terkenal dengan kemantapan vokal yang hebat, Ernie gembira melihat segala penat lelahnya kini membuahkan hasil. Kejayaan terbaharu ini adalah salah satu daripadanya.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2023 8:19PM

Ernie tidak pernah terbayang satu hari nanti wajahnya akan terpampang di papan iklan digital New York Times Square. - Gambar Universal Music Malaysia 

oleh

Zara Sofea

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru sahaja selesai dengan konsert, penyanyi bersuara emas, Ernie Zakri terus membanggakan negara selepas wajahnya dipilih menghiasi papan iklan digital tersohor di New York Times Square.

“Semestinya, saya sangat gembira dengan berita ini. Alhamdulillah, ia sememangnya salah satu kejayaan terbesar dalam kerjaya saya sebagai seorang penyanyi solo. 

“Saya tak pernah terbayang yang satu hari nanti wajah saya akan terpampang di papan iklan digital New York Times Square yang memang dikenali seluruh dunia,” ujar Ernie tentang berita tersebut.

Ernie merancang untuk menghasilkan lebih banyak lagu dan juga mungkin sebuah album pada hujung tahun ini. - Gambar Universal Music Malaysia
Ernie merancang untuk menghasilkan lebih banyak lagu dan juga mungkin sebuah album pada hujung tahun ini. - Gambar Universal Music Malaysia

Ernie turut berkongsi bahawa tahun ini telah membuahkan banyak kenangan manis buatnya secara peribadi. Bahkan, Ernie mempunyai banyak lagi perancangan untuk tahun 2023.

“Saya bercadang untuk menghasilkan lebih banyak lagu dan juga mungkin sebuah album pada hujung tahun ini. Banyak yang sudah saya rancangkan jadi tolong doakan semuanya dimudahkan,” sambungnya lagi.

Penampilan Ernie pada papan iklan digital tersebut adalah sebagai wakil penyanyi Malaysia dalam kempen Equal oleh wadah penstriman muzik digital, Spotify.

Selain itu secara kebetulan, Siti Nurhaliza yang baru sahaja membuat persembahan bersama Ernie juga pernah diberi penghormatan tersebut.

Equal merupakan program anjuran Spotify yang memperjuangkan kesamaan dalam mengetengahkan artis wanita dari seluruh dunia. Sejajar dengan tema tersebut, Ernie sempat mengulas mengenai topik berkenaan.

“Saya sentiasa ingin menjadi versi terbaik diri saya. Kebanyakan lagu saya membawa pesan pemerkasaan wanita. Dan inilah yang ingin saya laungkan.

Setelah bergelar ibu dan isteri Ernie mengerti bahawa dia perlu bekerja dengan bijak jika ingin mengecapi keseimbangan dalam hidup. - Gambar Universal Music Malaysia
Setelah bergelar ibu dan isteri Ernie mengerti bahawa dia perlu bekerja dengan bijak jika ingin mengecapi keseimbangan dalam hidup. - Gambar Universal Music Malaysia

“Mimpi boleh menjadi kenyataan jika kita bekerja dengan bijak. Banyak yang telah saya pelajari. Dulu saya fikir bekerja keras adalah kunci segalanya, tapi kini setelah bergelar ibu dan isteri saya mengerti bahawa saya perlu bekerja dengan bijak jika ingin mengecapi keseimbangan dalam hidup,” jelasnya.

Terkenal dengan kemantapan vokal yang hebat, Ernie gembira melihat segala penat lelahnya kini membuahkan hasil. Kejayaan terbaharu ini adalah salah satu daripadanya.

Terdapat 35 senarai main tempatan Equal yang merangkumi artis dari lebih 50 buah negara, dan Ernie merupakan wakil daripada senarai main Equal Malaysia & Singapura.

Selain itu, terdapat juga Senarai Main Equal Global “terbaik” yang mengandungi muzik dari artis Equal dari seluruh dunia.

Ernie Zakri menyambung legasi papan iklan New York Times Square ini selepas beberapa nama besar sebelumnya seperti Yuna, Dolla dan beberapa lagi. – Getaran, 22 Mei 2023 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 4 bulan yang lalu

Ernie Zakri Muncul Dengan Produk Suplemen Untuk Kekal Bertenaga Jalani Kehidupan Harian

2

Selebriti 4 bulan yang lalu

Ernie Zakri Tak Sangka Lagu 'Masing Masing' Kembali Meledak Selepas Dinyanyikan Bella, Adira

3

TARA 10 bulan yang lalu

Ernie Zakri Dilantik Duta Tudung Jenama Ayuwan

4

Muzik 10 bulan yang lalu

Aura, Naskhah Terbaharu Ernie Zakri Untuk Peminat Setianya

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara