web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bagaikan Mimpi Menjadi Kenyataan - Penganjur Teruja Kesudian Muse Bikin Konsert Di Malaysia 

Kumpulan rock MUSE yang bakal menjadikan ibu kota negara ini sebagai salah satu destinasi hentian mereka bagi konsert 'The Will of The People' Tour 2023 secara eksklusif.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2023 3:00PM

Hello Universe turut membuat kejutan dengan menampilkan artis undangan yang akan diumumkan tidak lama lagi. - Gambar ihsan Hello Universe

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

‘Bagaikan mimpi menjadi nyata’, demikian kata penganjur konsert Muse ‘The Will Of The People’ Tour 2023, Hello Universe apabila berjaya memujuk kumpulan rock legenda dunia itu mengadakan persembahan di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hello Universe, Adam Ashraf berkata, pihaknya teruja atas kesudian anggota Muse menerima pelawaannya menghiburkan peminat di sini.

Malah menurut Adam, pihaknya sangat bertuah apabila kumpulan rock Muse yang bakal menjadikan ibu kota negara ini sebagai salah satu destinasi hentian mereka bagi konsert  'The Will of The People' Tour 2023 secara eksklusif.

Aksi Muse dalam konsert 'Will Of The People' di AS baru-baru ini. - Gambar Facebook Muse
Aksi Muse dalam konsert 'Will Of The People' di AS baru-baru ini. - Gambar Facebook Muse

“Secara jujurnya, sebaik mereka bersetuju, saya rasakan ibarat mimpi jadi nyata. Lagipun saya membesar dengan lagu-lagu Muse.

“Lebih menerujakan, Malaysia dipilih sebagai lokasi pertama dalam siri jelajah kumpulan itu ke serata dunia.

“Bahkan, Malaysia adalah satu-satunya lokasi dari seluruh Asia yang mereka akan singgah, tiada negara lain,” katanya kepada Getaran.

Adam berkata demikian sewaktu ditemui pada majlis sidang media yang diadakan di Zepp Kuala Lumpur. 

Menurut Adam, ketika konsert itu nanti, Hello Universe akan membuat kejutan dengan menampilkan artis lain yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Akuinya, sewaktu menunaikan umrah baru-baru ini, dia berdoa di hadapan Kaabah agar hasratnya untuk mendapat kerjasama Muse dimakbulkan.

Dalam pada itu, Adam turut berkata, dengan mengadakan konsert bersama bakat-bakat antarabangsa akan meletakkan Malaysia di atas peta dunia sebagai antara destinasi acara hiburan utama untuk Asia.

Jelasnya, Hello Universe berterima kasih kasih atas sokongan dan dokongan daripada Kerajaan Malaysia, khususnya Kementerian Pelancongan, dalam mengiktiraf usaha mereka untuk mempromosikan aktiviti hiburan di Malaysia secara global.

“Malaysia kaya dengan kepelbagaian yang terdiri daripada pelbagai agama, kaum dan etnik. Selain itu, mengadakan pelbagai aktiviti kebudayaan dan seni tidak akan pernah menjadi masalah, malah Muse amat dialu-alukan dan dinanti-nantikan di Malaysia.

“Dengan mengadakan konsert dan festival, ia secara tidak langsung merupakan cara terbaik bagi membantu membaikpulih serta merangsangkan ekonomi negara yang terjejas berikutan pandemik yang melanda sebelum ini. 

''Selain daripada menarik kehadiran pelancong asing, kami juga dapat menyumbang kepada aktiviti untuk penduduk tempatan,” tambah Adam.

Kali terakhir Muse menjayakan konsert di Malaysia adalah pada 2007 di Stadium Negara.

Tiket pra jualan bermula pada 2 Mac, manakala keesokannya pula iaitu 3 Mac dibuka kepada awam dan boleh dibeli di laman sesawang www.ticket2u.com.my. – Getaran, 24 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Muse Sah Buat Konsert Di Ibu Kota, Lokasinya Di Bukit Kiara Equestrian Resort, 29 Julai Ini

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Dipilih Sebagai ‘Muse’, Nam Ron Bikin Kejutan Di Pentas Peragaan!

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara