web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Masih Giat Bikin Lagu Raya Di Usia 74 Tahun, S Atan Tunaikan Permintaan Raja Pop Jamal Abdillah 

S Atan atau nama sebenarnya Hashim Said sudah menghasilkan lebih 1,000 lagu-lagu raya yang malar segar seperti ‘Menjelang Hari Raya’ nyanyian DJ Dave, ‘Indah Beraya Di Desa’ oleh Azlina Aziz, ‘Cahaya Aidilfitri’ oleh Black Dog Bone dan ramai lagi. 

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2023 10:08AM

S Atan - Gambar fail

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menjelang minggu kedua berpuasa, lagu-lagu raya mula rancak diputar dan bergema di seluruh pusat beli belah mahupun kawasan awam. Tidak pernah hilang serinya, lagu-lagu raya hasil ciptaan pemuzik lagenda S Atan masih menjadi perhatian dan kegilaan.

S Atan atau nama sebenarnya Hashim Said sudah menghasilkan lebih 1,000 lagu-lagu raya yang malar segar seperti ‘Menjelang Hari Raya’ nyanyian DJ Dave, ‘Indah Beraya Di Desa’ oleh Azlina Aziz, ‘Cahaya Aidilfitri’ oleh Black Dog Bone dan ramai lagi. 

Maka, S Atan adalah nama yang sangat relevan untuk membongkar rahsia lagu-lagunya yang masih diputar pelbagai generasi walaupun sudah berusia empat dekad. 

Komposer itu mendedahkan perayaan seperti lebaran tidak boleh dipisahkan dengan kenangan. Oleh itu, lagu-lagu yang dihasilkan mestilah mempunyai elemen kemelayuan yang boleh mengimbau memori bersama sanak-saudara. 

Kemeriahan lebaran bersama rakan dan taulan sering menjadi latar utama lagu-lagu raya. - Gambar oleh Syeda Imran
Kemeriahan lebaran bersama rakan dan taulan sering menjadi latar utama lagu-lagu raya. - Gambar oleh Syeda Imran

“Memang perlu ada kemajuan di dalam lagu. Namun mesti ada unsur kemelayuan di dalam lagu-lagu tersebut. 

Lagu Sheila Majid contohnya, ia bergenre Jazz namun cara nyanyian dan sentuhan muziknya ada unsur kemelayuan. Kita orang Melayu, ada identiti kita sendiri mengapa mahu ikut barat?,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran lagu Rindu Di Hari Lebaran baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, S Atan turut memberikan contoh beberapa penyanyi terdahulu yang berjaya mengekalkan muzik mereka walaupun sudah beberapa dekad berlalu termasuklah lagu Balik Kampung oleh Sudirman Hj Arshad (Datuk).

“Balik Kampung bukan lagu raya, tapi orang tetap dengar juga bila balik raya. Lagu DJ Dave (Datuk), orang kita masih dengar. Ini kerana unsur Melayunya tetap ada dalam muzik mereka,” tegasnya.

Terkini, S Atan masih giat menghasilkan lagu-lagu raya walaupun usianya sudah menjangkau usia 74 tahun. 

Hasil permintaan Raja Pop Datuk Jamal Abdillah, S Atan menghasilkan lagu bertajuk ‘Rindu Di Hari Lebaran’ menceritakan kerinduan anak rantau kepada rakan-rakannya yang pernah sekampung suatu ketika dahulu.

“Lagu ini memang Jamal yang minta. Sebelum ini saya pernah buatkan lagu untuknya bertajuk 'Assalamualaikum'. Untuk lagu kali ini rakaman pun sekejap sahaja iaitu satu jam. 

“Jika kita mahu tahu sama ada lagu itu boleh diterima dengan baik oleh pendengar atau tidak. Kita tidak boleh mengukurnya dalam tahun ini juga. 

“Kita kena tunggu beberapa tahun lagi. Ada lagu yang saya pernah saya hasilkan hanya menjadi terkenal  beberapa tahun selepas itu,” katanya lagi. - Getaran, 6 April 2023 

Berita Berkaitan

1

Muzik 5 bulan yang lalu

Selepas Berdekad Di Persada Seni, Search Akhirnya Tampil Dengan ‘Sujud Aidilfitri’

2

Selebriti 6 bulan yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'

3

Muzik 1 tahun yang lalu

‘Raya Rempit’ Trending Di YouTube, Achey  Dedah Lagu Raya Itu Dicetuskan Buat ‘Mat Motor’ Yang Pulang Beraya Di Kampung

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Beraksi Bak Pemuzik Profesional, KJ Dan Keluarga Pukau Netizen

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara