web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


FMC Music Sahkan Datuk Jamal Abdillah Tarik Diri Dari Pentas AJL38

Keputusan itu dibuat berikutan tidak puas hati dengan pihak produksi yang tidak membayar artis yang bertanding, walaupun mendapat tajaan, kutipan jualan tiket

Muzik Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2024 4:31PM

gambar Instagram Jamal Abdillah

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Syarikat yang menerbitkan lagu ‘Ku Cuma’ FMC Music mengesahkan bahawa Datuk Jamal Abdillah sudah menarik diri daripada menyertai Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38). 

Keputusan itu dibuat hasil persetujuan bersama antara Jamal, pihak penerbitan dan FMC Music yang mewakili pencipta lagu.  

“Dengan ini kami, FMC Music syarikat iaitu yang menerbitkan lagu ‘Ku Cuma’ mengesahkan bahawa Datuk Jamal Abdillah telah menarik diri dari menyertai Anugerah Juara Lagu untuk tahun ini. 

“Keputusan itu dibuat setelah mendapat persetujuan bersama antara pihak Datuk Jamal, pihak penerbitan dan FMC Music mewakili pencipta lagu.

"Pihak kami tidak dapat berbuat apa-apa jika keputusan itu telah dibuat sendiri oleh beliau dan dipersetujui oleh pihak penerbitan.

“Sebelum itu, Datuk (Jamal) sendiri ada memberitahu saya untuk menarik diri, namun saya mencadangkan agar Datuk Jamal memaklumkan sendiri pada pihak penerbitan AJL kerana perkara ini terletak di luar bidang kuasa kami selaku syarikat yang menerbitkan lagu", ulas Pengarah Urusan FMC Music, CF Ho dalam satu kenyataan media. 

Wany Hasrita dan Datuk Jamal Abdillah. gambar Instagram Wany Hasrita
Wany Hasrita dan Datuk Jamal Abdillah. gambar Instagram Wany Hasrita

Dalam kenyataan yang sama, FMC Music juga mengumumkan penyanyi Afieq Shazwan akan menjadi rakan duet Wany Hasrita, menggantikan Jamal pada pentas akhir AJL38 yang akan berlangsung pada 3 Mac ini. 

“Keputusan pemilihan ini dibuat berdasarkan kredibiliti dan kemampuan Afieq. Kami yakin Afieq mampu memberikan persembahan dan kerjasama yang baik dengan Wany Hasrita,” tambah CF Ho.

Terdahulu, Jamal memaklumkan kepada media mengenai keputusannya untuk menarik diri daripada menyertai AJL38 kira-kira sebulan lalu, susulan kecewa dengan pihak produksi yang membiarkan peserta akhir anugerah lagu itu bertanding secara percuma, sedangkan jualan tiket laris dan mendapat tajaan.

Jelas beliau, sebagai artis senior dia berasa kurang senang dengan perkara berikut dan berharap tindakannya itu membuka mata pihak produksi supaya tidak melakukan perkara sama pada masa akan datang. 

“Artis baru mungkin tidak berani bersuara, jadi biar saya yang buat. Kalau produksi nak ‘ban’ saya pun tidak ada masalah. Bukan senang penyanyi macam kami ini mahu cari rezeki,” ujar beliau kepada Mstar. – Getaran, 19 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Muzik 4 bulan yang lalu

Lagu Hasrat, Ciptaan Dan Dendangan Amir Jahari Dinobat Juara AJL38

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Awalnya, Datuk Jamal Abdillah Keberatan Rakam Lagu Duet Bakawali Dengan Wany Hasrita 

3

Podio 1 tahun yang lalu

PenganTARA Episod 8 - Isu Angkasa Disita, Perkahwinan Wany Hasrita Dan Filem Jerangkung Dalam Almari 

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Suami Tetapkan Syarat Supaya Wany Hasrita Labuhkan Tudung

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Penonton Terkejut Tonton Babak Seks Dalam Filem Abang Adik Versi Netflix, Ini Komen Jack Tan

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Malam Komedi ‘Live, Love, And Laugh’ Untuk Bertemu Kenalan Baru, Mungkin Juga Bertemu Jodoh

Dengan tiket masuk berharga RM80, penonton yang hadir akan berpeluang untuk bergelak ketawa sehingga tidak kering gusi bersama kenalan-kenalan baharu.

oleh Wartawan Hiburan Getaran