web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Minggu Solidariti Palestin: Fadhlina Minta Semua Pihak Jangan Ganggu Ekosistem Sekolah

Pendidikan Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2023 7:42PM

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bergambar bersama warga Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Razali, Ampang, Selangor selepas menyertai Minggu Solidariti Palestin, hari ini. gambar FB Fadhlina Sidek

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengingatkan semua pihak, baik penyokong kerajaan mahu pun pembangkang supaya tidak mengganggu ekosistem sekolah yang bersifat dinamik dengan pelbagai bangsa, kepercayaan dan latar belakang.

Merujuk kepada penganjuran program Minggu Solidariti Palestin oleh Kementerian Pendidikan (KPM), beliau berkata, semua pihak perlu memahami makna dan tujuan program itu diadakan, iaitu bagi mendidik murid sekolah berkaitan nilai kemanusiaan, keamanan dan pendidikan kedamaian.

"Jangan ganggu ekosistem sekolah dan guru-guru kami. Sekolah ini dinamik sifatnya, ada pelbagai kepercayaan, ada pelbagai latar belakang dan kedinamikan ini hanya ada pada guru untuk mengenal pasti apakah program yang sesuai," katanya.

Menggulung perbahasan peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2024 bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini, Fadhlina berkata, program itu dilaksanakan di sekolah bagi menyahut seruan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga pendirian kerajaan untuk sama-sama mempertahankan hak dan kebebasan rakyat Palestin.

"Nirmala kemanusiaan adalah asbab utama mengapa KPM mahu tampil dalam melaksanakan Minggu Solidariti Palestin. Beri ruang kepada kami untuk melaksanakan tanggungjawab kami dan mengutamakan proses pendidikan kemanusiaan ini.

"Anak-anak yang didedahkan dengan 1,001 emosi memerlukan panduan dan pedoman dalam menavigasi emosi ke arah yang lebih murni. Ini bukan bukan soal siapa 'terpaling' Palestin, bukan soal siapa yang tunduk kepada desakan-desakan dangkal yang memilih antara dua kemanusiaan," tegasnya.

Fadhlina berkata, beliau menerima semua pandangan, kritikan dan syor daripada pelbagai pihak termasuk saranan supaya program itu diisi dengan amalan doa mengikut agama masing-masing dan ia telah dilaksanakan di beberapa sekolah.

"...Jangan bising dan susah hati kalau sekolah tiada takbir atau Qunut Nazilah. Ada sebab kenapa ia berlangsung dalam suasana dan aktiviti yang dibenarkan dengan kesesuaian sekolah itu.

"Yang penting mesej pendidikan, kemanusiaan, kedamaian dan keamanan sejagat itu kena sampai. Pendidikan harus bermula dengan mesej yang kuat supaya mereka (murid-murid) berada dalam ekosistem yang dapat mempertahan dan mempersiapkan mereka dengan isu-isu di sekeliling mereka," katanya.

Beliau berkata, program Minggu Solidariti Palestin yang dijalankan di semua sekolah KPM di seluruh negara berjalan dengan baik.

Fadhlina berkata, beliau yakin di sebalik pandangan dan saranan pelbagai pihak, mesej dan hasrat utama berhubung keamanan dan kemanusiaan menjadi tumpuan semua pihak seiring dengan pendirian kerajaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Kementerian Pendidikan Serah Kes Murid Diserang Strok Haba Kepada Polis

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Video 'Kafir' Sudah Diseleweng, Diambil Luar Dari Konteks Sebenar - Fadhlina

3

Pendidikan 3 bulan yang lalu

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

4

Pendidikan 3 bulan yang lalu

Kantin Sekolah Dibuka Untuk Pelajar Bukan Islam - Fadhlina

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Majlis Profesor Negara Nafi Salah Guna Dana

Semasa 19 jam yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar

Semasa 22 jam yang lalu

Kuota Dan Syarat Semakin Ketat, Sekolah Memandu Kehilangan Tenaga Pengajar

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 13 jam yang lalu

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar