web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


GPS Ungguli PRN Sarawak, Catat Kemenangan Majoriti Mudah

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 18 Dec 2021 9:39PM

Abang Johari Openg (kiri) ketika menunggu keputusan PRN Sarawak. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SARAWAK - Gabungan Parti Sarawak (GPS) memenangi secara rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 apabila mencapai majoriti mudah, selepas mengungguli 45 daripada 82 kerusi Dewan Undanan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) setakat jam 8.45 malam tadi menyaksikan GPS yang diterajui Tan Sri Abang Johari Openg memperbaharui mandat memerintah untuk lima tahun akan datang.

Abang Johari yang julung kali bertanding di kerusi DUN Gedong selepas berpindah dari DUN Satok yang disandangnya sejak sembilan penggal lalu, menang dengan 4,310 undi.

Beliau menewaskan calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Mohamad Sofian Fariz Sharbini, yang memperoleh 703 undi, wakil AMANAH, Kamal Bujang (94) dan calon Parti Bumi Kenyalang, Tomson Ango (157).

Selain Gedong, GPS turut menguasai DUN Sebuyau, Belaga, Beting Maro, Pelagus, Balai Ringin, Baleh, Balingian, Muara Tuang, Bukit Assek, Stakan, Tanjong Datu, Pantai Damai, Demak Laut dan Bukit Sari.

Abang Johari, dijangka mengangkat sumpah untuk kali kedua sebagai Ketua Menteri ketujuh di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud hari ini.

Dalam pada itu, SPR turut memaklumkan, PRN Sarawak hanya mencatatkan peratusan keluar mengundi serendah 55 peratus, sehingga jam 4 petang tadi. - Getaran, 18 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

4

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global