web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


UMNO Digesa Hentikan Sikap Anak Manja

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2022 4:33PM

Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Dewan Pemuda PAS Kedah meminta UMNO untuk berhenti daripada bersikap seperti 'anak manja' dalam arena politik tanah air. 

Ketua Penerangannya, Adnan Yusof berkata, sikap melenting seperti anak manja tidak sepatutnya ada dalam UMNO yang merupakan sebuah parti tua. 

"Dalam mengeluarkan kenyataan sepanjang pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, UMNO yang galak menyerang semua parti lain serta menjadikan Muafakat Nasional (MN) sebagai 'punching bag' sambil mengugut PAS. 

"Tetapi apabila dijawab oleh PAS walaupun secara lunak, mereka kelihatan marah melenting. Itu merupakan politik anak manja yang tidak sepatutnya ada pada sebuah parti tua," katanya di sini hari ini. 

Adnan Yusof
Adnan Yusof

Hubungan antara UMNO dan PAS Kedah tampak tegang kebelakangan ini, setelah Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor dalam siri ceramahnya sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mendakwa, kestabilan politik di Malaysia dan setiap negeri mampu diwujudkan menerusi satu formula mudah iaitu dengan memastikan UMNO dan BN memiliki kerusi yang sedikit, hingga tidak mampu menumbangkan kerajaan walaupun mereka menarik diri.

Kenyataan itu yang turut disusuli dengan beberapa tuduhan lain, menyebabkan kalangan pemimpin UMNO Kedah 'kepanasan' hingga ada yang mendesak Muhammad Sanusi membubarkan DUN Kedah secepat mungkin. 

Adnan menambah, tindakan UMNO yang menghamburkan kecaman terhadap Muhammad Sanusi juga dilihat memiliki agenda tersendiri. 

"Bagi kami kecaman tersebut adalah semata-mata untuk sekali lagi mewujudkan ketidak stabilan politik dalam negara, sekali gus melanjutkan operasi PRN UMNO yang semakin rakus dan tamak kuasa. 

"Di saat wabak masih memuncak, bencana alam silih berganti serta banyak lagi kebajikan rakyat yang masih perlu diurus, UMNO galak berbicara soal kuasa dengan mahu mengadakan pilihan raya dan mendesak rakyat memiliki semula mereka secara mutlak," katanya.

Tambahnya, tindakan sedemikian merupakan satu pemikiran politikus yang tidak sihat dan perlu direnung semula oleh rakyat jelata. 

"UMNO juga seolah-olah melupakan semua kenyataan kepimpinan mereka di Terengganu dan Kelantan terhadap PAS. 

"Di mana kewarasan UMNO semasa memutus hubungan dengan PAS di kedua-dua negeri berkenaan?" soalnya. - Getaran 14 Februari 2022

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia