web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Gerakan Pembangkang Jatuhkan MB - Johari

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Feb 2022 4:37PM

Datuk Johari Abdul - Gambar Mohd Hazli Hassan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BALING - Pembangkang di Kedah sama sekali tidak pernah memulakan sebarang gerakan menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor atau mendesak untuk mengadakan pilihan raya negeri (PRN) awal, sebelum ketibaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). 

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Johari Abdul berkata, pembangkang juga langsung tidak pernah mengadakan pertemuan atau membuat perbincangan dengan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO susulan perkara itu. 

"Tak ada gerakan ke arah itu, namun ini negara demokrasi dengan sesiapa juga boleh menonjolkan diri masing-masing. Siapa merasa layak (menjadi Menteri Besar), dia perlu bekerja kuatlah. 

"Dalam hal ini kita boleh lihat Menteri Besar berkali-kali mengatakan tiada kekecohan dalam kalangan parti pemerintah. Jadi kita tunggu dan lihat sajalah," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam selepas Majlis Kenduri Rakyat Sempena Memperingati Demonstrasi Baling dan Kebangkitan Rakyat 1974 di Padang Awam Kampung Lalang, Mukim Siong, dekat sini, hari ini. 
 
Majlis tersebut turut diserikan dengan ucapan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengetuai demonstrasi mahasiswa bagi membela nasib golongan miskin terutamanya petani dalam demonstrasi berkenaan.

Dalam pada itu katanya, persiapan PH menjelang PRU-15 akan datang cukup baik, dengan pihaknya sudah hampir selesai menyiapkan manifesto yang dijangka dilancarkan dalam masa terdekat. 

"Dari semasa ke semasa, kita duduk bersama semua parti terlibat dan atur strategi terbaik bagi berdepan PRU-15. 

"Mengenai Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), setakat ini mereka belum jumpa saya atau Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd. Zawawi untuk berbincang mengenai sebarang bentuk kerjasama. Belum 'hello' pun lagi dan kita akan tunggu serta lihat," katanya. - Getaran, 20 Februari 2022

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia