web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: Mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia pada usia 86 tahun hari ini 1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 3 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan

IKUTI KAMI


Hanya Sebahagian Pemimpin Bincang RUU Anti Lompat Parti, PAS Khianat UMNO

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 09 Apr 2022 2:11PM

Dr Shamsul Anuar Nasarah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah kecewa selepas PAS hanya melibatkan sebahagian pimpinan partinya bagi membincangkan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti.

Shamsul Anuar berkata, perkara itu membuktikan PAS tidak jujur dan sukar untuk komited dalam bekerjasama dengan UMNO serta Barisan Nasional (BN). 

“Sebahagian UMNO? Kenapa tidak semua (pemimpin UMNO)? Kerana sikap beginilah antara sebab PAS sukar menjadi rakan sejati dan setia. 

"Malah, jika diperhalusi dan diamati, kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebelum ini pun banyak tidak menghormati kepimpinan UMNO," katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini. 

Jelasnya, kenyataan Abdul Hadi juga menunjukkan seolah-olah PAS mahu memecahbelahkan UMNO. 

"Apapun tidak mengapalah. Kita memahami mengapa sikapnya begitu. Namun, UMNO punyai maruah dan harga diri. Ini mesti kita pertahankan,” katanya. 

Abdul Hadi Awang - Gambar fail
Abdul Hadi Awang - Gambar fail

Semalam, Abdul Hadi menolak dakwaan BERSATU bahawq parti itu sengaja melengah-lengahkan pembentangan RUU Anti Lompat Parti.

“Tidak timbul isu berlengah-lengah kerana BERSATU akan berbincang dengan kita dan rakan dalam PN termasuk Sarawak dan Sabah serta sebahagian UMNO,” kata Abdul Hadi. 

Dalam pada itu Shamsul Anuar menegaskan, pendirian UMNO jelas bahawa RUU Anti Lompat Parti mesti disegerakan. 

Beliau yang juga Pengarah Komunikasi BN berkata, perjuangan UMNO untuk akta berkenaan diluluskan segera di Parlimen adalah kerana mereka mahu mempertahankan hak rakyat.

"UMNO mahu pertahankan hak rakyat. Justeru apabila rakyat memilih wakil mereka melalui pilihan raya. Wakil yang dipilih dan menang mesti memegang amanah rakyat dan parti.

"Mereka tidak boleh bertindak melompat parti sesuka hati kerana rakyat dan partilah yang menyebabkan mereka menang dalam pilihan raya," katanya.

Shamsul Anuar berkata, sekiranya terdapat pemimpin politik yang 'lompat', rakyat dan parti berhak menghukum mereka.

"Mandat mesti diserahkan kembali kepada parti dan rakyat kerana disebabkan perkara inilah mereka boleh bergelar wakil rakyat. 

"Justeru jangan bertangguh berkaitan RUU Anti Lompat Parti," katanya. 

Terdahulu, RUU Anti Lompat Parti yang sepatutnya dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin depan ditangguhkan buat kali kedua.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Khamis, selepas Kabinet tidak bersetuju dengan pembentangan RUU Anti Lompat Parti itu.

Jelasnya, RUU berkenaan tidak akan dibentangkan pada sidang khas akan datang sebaliknya dihantar semula untuk kajian lanjut berhubung definisi sebenar ‘lompat parti’.

Bagaimanapun katanya, sidang khas Dewan Rakyat akan diteruskan dengan pembentangan pindaan Perlembagaan bagi memudahkan RUU Anti Lompat itu dibentangkan kelak.

Sebelum ini, Wan Junaidi berkata, seramai 39 Ahli Parlimen di negara ini telah melompat parti sejak 2018 sehingga kini.

Katanya, tindakan melompat parti juga membawa kepada ketidakstabilan politik negara, malah negara telah menyaksikan pertukaran tiga Perdana Menteri dalam satu penggal Parlimen. - Getaran, 9 April 2022.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia