web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


UMNO Belum Pasti Bergerak Solo Pada PRU-15?

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2022 8:46PM

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bersalam bersama anggota Skuad Sabil Pergerakan Pemuda UMNO di Bangunan Tunku, hari ini. - Gambar oleh Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Keputusan sama ada UMNO serta Barisan Nasional (BN) akan bergerak solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti seakan belum dipastikan, apabila Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini mengingatkan betapa situasi politik ada kalanya tidak statik. 

Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, dinamik politik sentiasa boleh berubah dan tidak mustahil sebarang keputusan yang diambil, turut diubah suai.

Secara umumnya kata beliau, matlamat parti itu adalah untuk menang dan mereka perlu melaksanakan cara yang boleh memastikan kemenangan dapat dicapai. 

"Setakat ini parti telah buat keputusan yang BN akan bergerak solo. Itu setakat hari ini tetapi politik kadang-kadang tidak statik dan dinamik politik juga berubah-ubah. 

"Boleh jadi esok ada pula pandangan yang macam lain dan kita akan ubah suai. Yang penting 'bottom line'nya adalah kita nak menang dan perlu buat cara nak menang," katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan bersama jentera pilihan raya BN dan penyerahan tauliah pelantikan pengerusi-pengerusi pusat daerah mengundi (PDM) seluruh Kedah di Bangunan Tunku, di sini, hari ini.

Hadir sama Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki serta Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Setakat ini jelas Mohamad, strategi berkaitan untuk mencapai kemenangan itu masih belum diputuskan lagi. 

"Macam mana nak menang? Itulah wujudnya strategi yang saya nyatakan tadi. Jadi ini belum kita putuskan lagi dan kita ketika ini buat laporan mengenai parti sendiri dulu. 

"Kemudian nanti kita lihat bagaimana keadaannya di setiap negeri dan pihak kami akan buat kajian terperinci mengenai apa yang perlu dilakukan di negeri-negeri, termasuk dari segi pendekatan diambil. Politik kita ini tidak boleh lagi bersifat 'one size fit all' seperti dulu, maka kita akan lihat dulu keadaannya kerana perkara paling penting, kita mahu menang," katanya. 

Ditanya pandangannya mengenai peluang BN di Kedah sekiranya bergerak solo, Mohamad berkata perkara itu sukar dijangka memandangkan status Kedah sebagai 'swing state'.

"Di Kedah ini kadang-kadang PAS menang dan kadang-kadang BN menang. Jadi susah nak cakap mengenai perkara itu. 

"Tetapi dari pengamatan saya terhadap laporan diterima dalam pertemuan ini, nampaknya jentera, strategi dan gerak kerja kita menyakinkan. Di sini pun banyak kawasan yang kita kalah dengan majoriti sedikit dan kawasan yang kita menang dengan majoriti sikit pun ada juga, jadi kita perlulah berhati-hati," katanya. - Getaran 23 Julai 2022 

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

2

Politik 2 bulan yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

3

Politik 3 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

4

Semasa 4 bulan yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gantung Lesen Agensi Pelancongan Terbabit Kemalangan Di Genting Highlands Jika Perlu - Menteri

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

‘Syed Husin Insan Amat Rapat, Sentiasa Jadi Rujukan’ - PM

Semasa 1 hari yang lalu

‘Syed Husin Guru Luar Biasa, Tinggalkan Pengetahuan Yang Sangat Besar’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Langkah Eratkan Hubungan Dengan Persekutuan Tindakan Bijak - Sultan Kedah

oleh Rafisqi Radhi