web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Najib Tidak Perlu Kebenaran Saya Hadir Ke Dewan Rakyat - Azhar Harun

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2022 3:30PM

Azhar Azizan Harun - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara ketika ini boleh menghadiri sidang Dewan Rakyat seperti diminta beliau dan hanya perlu mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Penjara.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, ini berikutan Parlimen tidak mempunyai kuasa ke atas kehadiran Ahli Parlimen sambil mengulangi mantan Perdana Menteri itu berada dalam penjara.

“Kehadiran Pekan (Najib) bukan di bawah bidang kuasa saya. Saya tiada kuasa untuk membenarkan atau melarangnya daripada hadir ke Dewan Rakyat. Jika beliau hadir, maka beliau tidak perlukan kebenaran saya untuk masuk ke dalam Dewan.

“Dia bukan dalam jagaan saya, tapi dalam penjara. Oleh itu, terpulang pada pihak Jabatan Penjara untuk memberikannya akses itu.

“Tambahan pula, mengikut pemahaman saya, jika penjara melepaskan beliau, maka mereka juga bertanggungjawab menetapkan syarat pelepasan itu.

“Sekali lagi, ia bukan juga kuasa saya (untuk membuat keputusan),” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Azhar berkata demikian bagi menjawab soalan dari Mohamed Hanipa Maidin (Sepang-PH) sama ada Najib dibenarkan hadir ke Dewan Rakyat memandangkan beliau masih lagi seorang Ahli Parlimen.

“Saya cadangkan kita benarkan beliau (Najib) hadir tetapi dengan syarat beliau perlu digari. Beliau boleh memakai pakaian yang sama seperti Ahli Parlimen lain, tetapi mesti digari.

“Seluruh dunia mahu melihat bagaimana seorang Ahli Parlimen yang digari menghadir Parlimen,” katanya.

Najib menjadi mantan Perdana Menteri Malaysia pertama ke penjara selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ke atas beliau yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Menurut Azhar, secara umumnya, adalah menjadi hak semua Ahli Parlimen untuk memasuki Dewan Rakyat dan tidak memerlukan kebenaran Yang Dipertua.

Kemudian, Khalid Abdul Samad (Shah Alam-PH) meluahkan rasa tidak puas hati mengenai bagaimana Najib mampu terus berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Pekan walaupun telah dijatuhi hukuman penjara.

“Beliau didapati bersalah dan semua rayuannya ditolak. Hakikatnya, beliau sepatutnya hilang keahlian dalam Dewan. Jika diberi keampunan pada masa hadapan, maka kita boleh mengembalikannya sebagai Ahli Parlimen.

“Saya tidak fikir Dewan sepatutnya menerima banduan yang telah merompak (hasil) negara di dalam Dewan ini. Saya harap Yang Dipertua boleh membuat ketetapan tegas mengenai perkara ini,” katanya.

Azhar bagaimanapun memetik Perkata 48(4)( c ) dalam Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan sekiranya petisyen pengampunan difailkan dalam tempoh 14 hari dari sabitan dan hukuman, kehilangan kelayakan itu hanya berkuat kuasa apabila petisyen itu dilupuskan.

“Itu peruntukan di bawah Perlembagaan. Kita boleh berhujah semua yang kita mahu dan mencipta naratif kita sendiri, tetapi saya terikat dengan ini.

“Undang-undang tidak selalu berlaku seperti yang sepatutnya. Kita boleh berhujah sehingga hari senja, tetapi perkara paling penting adalah mematuhi undang-undang,” katanya. - The Vibes, 3 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

3

Politik 3 bulan yang lalu

‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut