web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ordinan, Proklamasi Darurat Parlimen Batu Sapi, Gerik Dan DUN Bugaya Dibatalkan

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2022 11:00AM

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menamatkan enam ordinan dan proklamasi darurat bagi menangguhkan Pilihan Raya Kecil (PRK). - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menamatkan enam ordinan dan proklamasi darurat bagi menangguhkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi, Gerik dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, berkuat kuasa semalam.

Perintah pembatalan itu melibatkan Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (Pembatalan) 2022 dan Proklamasi Darurat (Pembatalan) 2022 bagi Parlimen P.185 Batu Sapi, Sabah; serta Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No. 2) (Pembatalan) 2022 dan Proklamasi Darurat (No. 2) (Pembatalan) 2022 bagi Parlimen P.054 Gerik, Perak.

Turut dibatalkan Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No. 3) (Pembatalan) 2022) dan Proklamasi Darurat (No. 3) (Pembatalan) 2022 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.66 Bugaya, Sabah.

Dalam Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 6 Okt yang disiarkan oleh Jabatan Peguam Negara, pembatalan itu berikutan Seri Paduka Baginda berpuas hati bahawa keperluan kesemua ordinan dan proklamasi darurat berkenaan yang diisytiharkan susulan wabak penyakit berjangkit COVID-19, telah berakhir.

Pembatalan semua ordinan dan proklamasi darurat berkenaan mengikut Fasal (2B) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan dan Fasal (1) dan (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Warta Kerajaan Persekutuan itu turut menyatakan perkara itu akan dibentangkan di Parlimen menurut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum ini Yang di-Pertuan Agong perkenan isytihar darurat di Parlimen Batu Sapi berkuat kuasa 18 Nov 2020 serta Parlimen Gerik dan DUN Bugaya masing-masing berkuat kuasa 12 Dis 2020, untuk membendung penularan COVID-19. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Lelaki Parah Dipijak Gajah Di Gerik

2

Semasa 5 bulan yang lalu

2 Beranak Rentung: Tiada Unsur Jenayah Dikesan - Polis

3

Selebriti 10 bulan yang lalu

Syafiq Kyle, Mimi Lana Batal Pernikahan, Mesej Disampaikan Pengurus

4

Politik 10 bulan yang lalu

Sudah Setuju Debat Tapi Batal, Rafizi Kata PN Cuma Pandai Sembang

Sorotan

1

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

2

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

3

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

4

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

5

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

Disyorkan untuk anda

Sukan 8 jam yang lalu

Negeri Sembilan FC Sahkan Pemain Import Mika Junco Jadi Mangsa Ragut

Semasa 2 jam yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Foto Kecederaan Zayn Rayyan Tular Di Telegram

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Fitnah TMJ Terbabit Rasuah Cubaan Jahat Jatuhkan Institusi Raja

oleh Diyana Nawwar