web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Cukuplah Tun M, Beri Peluang Calon Muka Baharu Tanding Di Langkawi’

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2022 7:03AM

Dr Mahathir Mohamad - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sudah mencecah usia 97 tahun tidak lagi relevan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi.

Penganalisis Politik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Hussain Yusri Zawawi berkata, Dr Mahathir perlu menerima hakikat bahawa era pemerintahannya sudah berlalu dan beliau sepatutnya mencontohi tindakan dilakukan veteran DAP, Lim Kit Siang.

Menurut beliau, terdapat keperluan untuk Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) itu mengundur diri daripada arena politik dan hanya bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan serta pembangkang demi mewujudkan kepemimpinan yang lebih berkualiti.

“Era Dr Mahathir dah berlalu, beliau sewajarnya menjadi penasihat kepada kerajaan atau pembangkang. Beliau dah tak sesuai untuk jadi Ahli Parlimen disebabkan faktor usia kerana kekuatan tubuh badan amat diperlukan untuk beliau turun ke kawasan bertemu rakyat.

“Jika beliau menjadi pengerusi parti itu tiada masalah, namun untuk jadi wakil rakyat dan pertahankan kerusi Parlimen, pendekatan itu tidak seharusnya dilakukan. Ini kerana rakyat hari ini tidak mahu seorang pemimpin yang hanya tinggal di Kuala Lumpur dan duduk dengan enak di kerusi Dewan Rakyat,” katanya kepada Getaran.

Dr Hussain Yusri Zawawi
Dr Hussain Yusri Zawawi

Dalam pada itu, Hussain berkata, terdapat juga keperluan untuk pelopor Gerakan Tanah Air (GTA) tersebut mengemukakan calon muka baharu yang akan dipertaruhkan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi pada PRU-15.

Katanya, PEJUANG seharusnya mempertaruhkan lebih ramai orang muda sebagai calon di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menambat hati rakyat yang ketika ini mahukan golongan itu mentadbir negara.

“Beliau perlu kemukakan calon muka baharu pada PRU-15, khususnya kepada pelapis muda yang boleh menerajui kepimpinan PEJUANG dalam peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen.

“Justeru, cukuplah Dr Mahathir, bagi peluang kepada orang lain bertanding sebab rakyat dah beri dua kali peluang beliau mentadbir kerajaan. Di Langkawi, patutnya dicalonkan muka baharu dan Mahathir sebagai negarawan boleh menjadi nasihat agar PEJUANG boleh pertahan kawasan tersebut,” katanya.

Tegasnya, jika Dr Mahathir mahu terus aktif berpolitik ketika pelbagai isu diketengahkan terhadapnya, dikhuatiri rakyat tidak akan lagi menghormati beliau pada masa akan datang.

Dr Mahathir bersama pemimpin pembangkang lain meraikan kemenangan selepas BN tumbang pada pilihan raya umum ke-14 lalu. - Gambar AFP
Dr Mahathir bersama pemimpin pembangkang lain meraikan kemenangan selepas BN tumbang pada pilihan raya umum ke-14 lalu. - Gambar AFP

Bagaimanapun, Ketua Penerangan PEJUANG, Ulya Husamudin berkata, keputusan Dr Mahathir mahu kekal bertanding di kerusi Parlimen Langkawi adalah langkah tepat dilakukan pemimpin veteran itu.

Katanya, ini kerana majoriti rakyat di kawasan tersebut masih mahukan negarawan itu menabur bakti dan khidmatnya di Pulau Langkawi.

“Kita (PEJUANG) sambut baik dan menyokong keputusan Dr Mahathir kerana kita tiada masa untuk letak orang baharu di kerusi itu. Jadi, saya rasa tindakan beliau adalah tepat.

“Apa yang penting, penerimaan masyarakat setempat terhadap beliau di mana penduduk Langkawi masih inginkan serta sayangkan Dr Mahathir sebagai pemimpin di situ. Bagi saya, mereka yang minta beliau berehat dan jumlah mahu beliau kekal bertanding adalah sama rata,” katanya.

Mustapha Yaakub
Mustapha Yaakub

Sementara itu, Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, hasrat penyandang Parlimen Langkawi itu untuk bertanding pada PRU-15 hanyalah tindakan melampiaskan dendam terhadap Barisan Nasional (BN), khususnya pengerusi parti tersebut, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Malah sekiranya mahu UMNO berkubur, Mustapha berkata, PEJUANG mahupun GTA digesa meletakkan calon di semua kerusi dipertandingkan parti itu agar rakyat boleh membuat pilihan gabungan terbaik.

“Dr Mahathir menubuhkan PEJUANG yang tidak ada semangat juang dan berakhir dengan kekalahan teruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

“Kalau mahu UMNO dihapuskan, jalan paling baik adalah berdepan dan berlawan dengan UMNO pada PRU-15. GTA ataupun PEJUANG sila bertanding di semua kerusi yang UMNO akan letakkan calon agar kita dapat lihat gabungan atau parti yang menjadi pilihan rakyat,” katanya. 

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kira-kira empat tahun lalu, Dr Mahathir memenangi kerusi Parlimen Langkawi dengan meraih 18, 954 undi.

Beliau mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) yang juga penyandang kerusi Parlimen itu, Datuk Nawawi Ahmad yang memperoleh 10,061 undi.

Turut kecundang calon PAS, Zubir Ahmad yang sekadar mendapat 5,512 undi. - Getaran, 15 Oktober 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan