web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tuduhan Terhadap DAP: Adakah Hadi Awang, Razman Akan Contohi Jamal

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2022 1:02PM

Jamal dilaporkan sebagai berkata, kesilapannya memuat naik video mengandungi tuduhan tidak berasas itu adalah khilafnya. - Video dari TikTok

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Veteran DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan sama ada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria dapat menunjukkan sikap jujur serta rendah diri seperti ditonjolkan penyanyi pop tempatan, Datuk Jamal Abdillah.

Semalam, Jamal membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia selepas membuat tuduhan terhadap DAP.

Lim Kit Siang
Lim Kit Siang

Kit Siang berkata, menjadi satu perkara yang amat menyedihkan melihat Abdul Hadi bertindak menuduh DAP sebagai komunis dan tambah menyedihkan, Razman juga turut serta mengulangi fitnah Presiden PAS.

“Saya berkecimpung dalam arena politik Malaysia selama 57 tahun dan sepanjang enam dekad, saya tidak tahu pula bahawa saya seorang komunis.

“Apatah lagi, Cawangan Khas PDRM yang terkenal dengan reputasi memenangi perang melawan komunis, tidak tahu bahawa saya seorang komunis,” katanya menerusi kenyataan.

Menerusi klip video dimuat naik melalui aplikasi TikTok, Jamal dilaporkan sebagai berkata, kesilapannya memuat naik video mengandungi tuduhan tidak berasas itu adalah khilafnya.

Jelasnya, video tersebut dibuat tanpa pengetahuan keadaan politik sebenar yang berlaku.

Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang

Sebelum ini, Abdul Hadi dilaporkan memuat naik poster tertulis ‘#TolakDAP pro-komunis’ dan menyifatkan komunisme sebagai fahaman menolak kepercayaan kepada Tuhan.

Beliau mengaitkan tiga tindakan DAP dengan fahaman komunisme, iaitu membawa pulang abu mayat Chin Peng, menyertai perhimpunan memperingati komunis dan menerbitkan komik berideologikan komunisme.

Naratif hampir sama juga dilihat cuba dibawa Razman ketika menemui pengundi di pasar malam Tebuk Pancur, Perak baru-baru ini. - Getaran, 9 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 1 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 1 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 1 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia