web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2023 7:15AM

Khabar angin begini menjadikan rakyat semakin gusar dalam keadaan eoonomi tidak menentu dan muak dengan politik semasa. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebarang tindakan dalam mengancam kestabilan negara akan lebih merugikan rakyat dan menjadikan mereka semakin merana serta tertindas.

Ketua Penerangan Puteri UMNO, Shamellya Norazizi berkata, justeru semua wakil rakyat diingatkan untuk terus bekerja demi rakyat dan menyelesaikan isu semasa.

Menurutnya, dalam masa sama, mereka perlu mengutamakan hal rakyat dahulu berbanding kepentingan diri sendiri.

“Desas-desus kerajaan bertukar di luar pilihan raya, semakin hangat diperkatakan lagi, ini menggambarkan keadaan tidak sihat di mana ada beberapa daripada Ahli Parlimen pembangkang, cuba mengancam kedaulatan serta kestabilan negara sedang kita bina.

“Ini menjadikan rakyat semakin gusar dalam keadaan eoonomi tidak menentu dan muak dengan politik semasa,” katanya menerusi video di Facebook.

Beliau berkata, rakyat tidak mampu menerima kerajaan ‘pintu belakang’ dalam keadaan mereka memerlukan polisi dan dasar kerajaan yang boleh membantu menghadapi cabaran negara pada masa depan.

“Cukup bermain politik, wakil rakyat yang dipilih perlu menjalankan tugas dan terus menyelesaikan isu rakyat di luar sana,” katanya.

Shamellya berkata, titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berhubung kebimbangan baginda susulan desas-desus berhubung isu kestabilan kerajaan yang terus kedengaran meskipun sudah enam bulan PRU-15 berlalu, amat jelas untuk wakil rakyat sentiasa peka dan fokus dalam menyelesaikan isu rakyat.

Katanya, penyelesaian itu penting berbanding melakukan sebarang tindakan bagi mengancam kestabilan negara.

Kelmarin, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Dr Muhammad Faiz Na’aman, dilapor memberi bayangan gerakan bagi menumbangkan Kerajaan Perpaduan bukan satu spekulasi, malah ia diketahui pimpinan tertinggi dalam kerajaan.

Beliau dilaporkan turut menyifatkan angka ‘126’ yang dimuat naik dalam satu hantarannya di Facebook pada 1 Mei lalu, sebagai signifikan sehingga mencetuskan kemarahan penyokong Kerajaan Perpaduan.

“Saya kira, angka ini signifikan hingga ramai ‘çyber troopers’ prokerajaan meroyan di laman Facebook saya.

“Saya fikir pihak sebelah sana (Kerajaan Perpaduan) pun tahu kebenarannya,” katanya.

Menerusi muat naik di media sosial itu, Dr Muhammad Faiz menulis “126 dah…jika benar Alhamdulillah”.

Hantaran itu menimbulkan persoalan dengan ada yang mengaitkan angka terbabit sebagai bilangan Ahli Parlimen yang memberi sokongan kepada parti pembangkang.

Beliau bagaimanapun terus mengunci mulut sama ada angka berkenaan merujuk kepada jumlah kerusi membabitkan Ahli Parlimen atau sebaliknya.

Sultan Ibrahim pula menerusi Facebook, menyuarakan kebimbangan baginda dengan perkara itu dan menitahkan supaya rakyat, ekonomi, kesejahteraan dan kemakmuran negara seharusnya diutamakan.

“Rakyat menaruh harapan tinggi dalam PRU-15 lalu dan memberi undi mereka kepada 222 wakil rakyat untuk mengembalikan kestabilan politik negara.

“Namun sehingga kini, 222 Ahli Parlimen ini masih tidak dapat bersepakat sehingga ada gerakan yang cuba menggagalkan kestabilan sedang dibina,” titahnya.

Baginda bertitah, keadaan seperti itu adalah tidak sihat untuk semua lapisan negara, baik dari segi sosial, ekonomi mahupun kedudukan di peringkat antarabangsa.

“Sudah-sudahlah. Sampai bila lebih 30 juta rakyat Malaysia hendak menanggung keadaan sebegini.

“Ekonomi perlu dipulihkan, kesejahteraan dan kemakmuran negara mesti diutamakan,” titah baginda.- Getaran, 6 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

Calon Kerajaan Perpaduan Untuk PRK Sungai Bakap Diumum Minggu Depan - PM

2

Politik 4 bulan yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Pantau Janji PRK, Elak Retorik Lama - Santhara

3

Politik 4 bulan yang lalu

Pengundi India Tetap Akan Sokong PH Walaupun Kecewa - Sivarraajh

4

Politik 5 bulan yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka