web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

Politik Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2024 8:09AM

Khairul Azhari Saut - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HULU SELANGOR - Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumum sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bilik Gerakan Utama gabungan politik berkenaan di Batang Kali malam tadi.

Muhyiddin berkata pemilihan Khairul Azhari, 54, sebagai calon diputuskan sebulat suara pada Mesyuarat Tertinggi PN.

"Beliau sudah lama terlibat dalam politik, anak tempatan dan ada pengalaman pegang jawatan seperti Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor dan Naib Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor, jadi kita pimpinan kira ini adalah langkah wajar," katanya.

Memiliki Master Eksekutif Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Pahang, bapa kepada tiga orang anak itu juga adalah Pengurus Besar Global Valley Venture Sdn Bhd selain pernah memegang beberapa jawatan antaranya Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor, Pengurus Besar Petogras Resources dan Eksekutif Kewangan di Bursa Malaysia.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh pengundian bagi PRK DUN KKB di Selangor pada 11 Mei manakala penamaan calon Sabtu ini dan pengundian awal pada 7 Mei.

PRK itu adalah yang ketujuh selepas Pilihan Raya Umum ke-15 pada 2022 dan diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Pantau Janji PRK, Elak Retorik Lama - Santhara

2

Politik 1 bulan yang lalu

Pengundi India Tetap Akan Sokong PH Walaupun Kecewa - Sivarraajh

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Jangan Jadikan Kelemahan Ringgit Senjata Politik - Anwar

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Sorotan Kes Ahli Politik Digugurkan Mahkamah: Daripada Lim Guan Eng Hingga Muhyiddin Yassin 

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

3 Maut, 4 Parah Traktor Pekerja Ladang Jatuh Gaung

Sukan 1 hari yang lalu

Isu Jin Wei: ‘Coach’ Nova Ada Komitmen Lain - Hannah Yeoh

oleh Diyana Nawwar

Semasa 16 jam yang lalu

Kontroversi MFL: Sultan Sharafuddin Belum Perkenan Permohonan Menghadap FAM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Rakaman CCTV, Analisis Laporan Forensik Warga Israel Avitan Shalom Diserah 30 Julai