web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tubuh Jawatankuasa Pantau Janji PRK, Elak Retorik Lama - Santhara

Politik Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2024 9:48PM

Dr Edmund Santhara Kumar - gambar Sophia Ahmad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HULU SELANGOR - Umum mengetahui pilihan raya adalah lubuk segala janji oleh semua calon, demi memastikan undi pemilih sampai ke tangan mereka.

Namun hakikatnya, sejauh mana semua janji ditabur itu mampu ditunaikan? 

Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu (KKB) tidak terlepas daripada menjadi medan janji calon, termasuk jaminan pemilikan penempatan 245 keluarga peneroka dari lima ladang getah di Bestari Jaya di sini.

Benar, janji itu amat menggembirakan mereka tapi benarkah ia akan dilaksana tanpa dolak dalih?

Membangkitkan isu tersebut, mantan pemimpin PKR, Datuk Seri Dr Edmund Santhara Kumar berkata, satu jawatankuasa khas perlu ditubuhkan bagi memastikan kesemua peneroka terbabit menerima hak mereka seperti yang dijanjikan. 

Menurut beliau, peruntukan RM75 juta yang dijanjikan kerajaan untuk membina penempatan mereka bukan satu jumlah kecil, justeru perlu ada pemantauan daripada pihak berwajib.

“Saya amat berharap kerajaan sudi menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk memantau projek ini.

“Jawatankuasa ini bukan sahaja memantau janji kerajaan, tapi juga janji yang diberi pihak pembangkang. Biar ada check and balance demi manfaat rakyat,” katanya kepada Getaran.

Mantan Timbalan Menteri itu memberi saranan, jawatankuasa tersebut perlu dibarisi pemimpin dari kedua belah pihak yang lantang bersuara di peringkat negeri dan Persekutuan.

“Dengan adanya jawatankuasa seperti ini, saya optimis semua pihak akan berusaha keras menunaikan janji yang dibuat ketika berkempen.

“Biarlah segala yang retorik itu kekal sebagai kisah masa silam. Jangan diulang lagi kerana ada rakyat yang benar-benar memerlukan bantuan,” katanya.

PRK KKB menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Kesemua calon tidak akan turun mengundi esok kerana merupakan pengundi luar.

Pilihan raya tersebut diadakan susulan kematian penyandang kerusi DUN terbabit, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

Pada Pilihan Raya Negeri Ogos tahun lepas, Kee Hiong menewaskan tiga pencabarnya daripada Perikatan Nasional, Parti Rakyat Malaysia dan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dengan meraih majoriti undi 4,119. - Getaran, 10 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

Pengundi India Tetap Akan Sokong PH Walaupun Kecewa - Sivarraajh

2

Politik 5 bulan yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Jangan Jadikan Kelemahan Ringgit Senjata Politik - Anwar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Sorotan Kes Ahli Politik Digugurkan Mahkamah: Daripada Lim Guan Eng Hingga Muhyiddin Yassin 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki