web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Jadikan Kelemahan Ringgit Senjata Politik - Anwar

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2024 8:54PM

Perdana Menteri ketika berucap di di majlis perasmian Restu Global Quranic Arts Festival 2024 - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA  - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak agar tidak menjadikan isu kejatuhan nilai ringgit sebagai senjata politik sehingga tidak bersandarkan kepada fakta.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan sentiasa mencari jalan untuk mengatasi perkara itu termasuk dengan memperkenalkan kerangka Malaysia MADAN yang bertujuan memperkasa ekonomi negara.

Beliau berkata hasilnya, pada tahun lepas pelaburan mencatatkan jumlah paling tinggi dalam sejarah di sebalik kejatuhan nilai ringgit.

"Kadang-kadang orang lupa, bila jadi isu politik nak hentam sahaja. Kalau dunia tiada keyakinan, pelaburan akan di tahap perlahan.

"Dunia dan pelabur ada keyakinan, maka kita catat pelaburan tertinggi (tahun lepas) dalam sejarah Malaysia, inflasi menurun, kadar pengangguran menurun dan pertumbuhan (ekonomi) dapat dipertahankan dalam keedaan dunia lembap dari segi pertumbuhan ekonomi," katanya ketika berucap di majlis perasmian Restu Global Quranic Arts Festival 2024 di Kompleks Nasyrul Quran, di sini hari ini.

Anwar berkata pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) dapat ditangani memandangkan perdagangan Malaysia dengan China, Indonesia dan Thailand menggunakan nilai mata wang tempatan.

"Perdagangan Malaysia yang terbesar ialah dengan China iaitu 25 peratus dagangan menggunakan ringgit dan mata wang China (renminbi), 18 peratus dengan Indonesia menggunakan ringgit dan rupiah, 20 peratus dengan Thailand menggunakan ringgit dan baht, maka isu dolar tidak ada kesan.

"Kita bimbang kalau kalau ringgit jatuh, inflasi naik, pertumbuhan terbantut dan pelaburan tidak datang. Itu kita bimbang... sekarang ini semua angka dan data ekonomi menunjukkan kita di landasan yang betul, katanya.

Sementara itu, Anwar berkata konteks MADANI bertujuan untuk mengangkat ekonomi selain memperkasa seni dan budaya, namun dalam masa yang sama nilai dan akhlak itu tetap diterap dalam setiap pembangunan.

"Apa erti pembangunan mencakar langit (kalau) rakyat tertekan dan tidak dipeduli? Apa erti kilang-kilang dan gedung-gedung hebat tetapi pekerja dalamnya ditekan dengan gaji rendah," katanya.

Perdana Menteri seterusnya menyeru agar budaya membaca, memahami dan menghayati al-Quran terus diperluas bagi melahirkan generasi al-Quran.

"Generasi Al-Quran ini, dia baca, faham dan amalkan. Kalau tidak, kita ada kesenjangan atau perbezaan. Kita bicarakan mengenai keadilan, tapi kita tolak ansur dengan penyelewengan, kezaliman dan rasuah yang berlaku.

"Pendirian saya dalam Kerajaan MADANI, saya tidak mahu tolak ansur lagi mengenai prinsip tatakeloka, bersihkan negara daripada rasuah," katanya.

Restu Global Quranic Arts Festival 2024 bertema "Gaya Hidup Islami" yang berlangsung dari 23 Februari hingga 3 Mac ini bertujuan mempromosi Islam sebagai sebahagian gaya hidup selain menggalakkan pemahaman dan penghayatan yang lebih mendalam terhadap al-Quran melalui medium seni.

Pada majlis hari ini Anwar turut melancarkan Mushaf Al-Ummah yang bertujuan mengembalikan tradisi penyalinan al-Quran seperti yang dilakukan sepanjang sejarah Islam bermula sejak zaman Rasulullah SAW dan para sahabat.

Anwar juga melancarkan Buku ADAB MADANI bagi mengembalikan budaya menyalin dan menulis dalam kalangan masyarakat, menggalakkan penulisan positif agar elemen positif ditonjolkan dalam kehidupan masyarakat berbanding elemen negatif, selain memupuk akhlak baik merentasi bangsa, warna kulit, golongan dan fahaman.

Turut hadir Pengerusi Eksekutif Yayasan Restu Datuk Abdul Latiff Mirasa dan Timbalan Pengerusi merangkap Pemegang Amanah Yayasan Restu Datuk Seri Ahmad Maslan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang