web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sorotan Kes Ahli Politik Digugurkan Mahkamah: Daripada Lim Guan Eng Hingga Muhyiddin Yassin 

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2023 4:25PM

Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan daripada 47 tuduhan melibatkan dana Yayasan Akalbudi - gambar Nooreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Kancah politik Malaysia dikejutkan dengan keputusan mahkamah baru-baru ini yang menggugurkan kes pertuduhan rasuah terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hingga mencetuskan perdebatan hangat berhubung pendirian kerajaan terhadap kes seumpama itu. 

Ketika perkembangan terbaharu ini berjaya menarik perhatian pelbagai pihak, kita juga perlu melihatnya dalam konteks yang lebih meluas khususnya dalam sejarah politik negara. 

Lebih menarik, ini bukan kali pertama kita menyaksikan peristiwa itu terjadi iaitu membabitkan ahli politik yang berdepan dengan pertikaian di mahkamah. 

Berikut adalah kronologi perjalanan beberapa kes ahli politik yang dibebaskan atau dilepaskan daripada pertuduhan mereka. 

1. September 2018: Lim Guan Eng 

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon dibebaskan daripada tuduhan rasuah atas dakwaan menukar status tanah negeri dan pembelian satu unit banglo di bawah harga pasaran. Ia berlaku selepas pihak pendakwaan menggugurkan pertuduhan terbabit.  

2. Jun 2020: Tan Sri Musa Aman 

Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dibebas dan dilepaskan daripada 46 pertuduhan jenayah yang dikaitkan dengan kontrak konsesi pembalakan di negeri itu. Pasukan pendakwaan menarik balik kesemua pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang dikenakan terhadap beliau. 

3. November 2021: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor 

Bekas menteri yang lebih dikenali sebagai Ku Nan, dibebaskan daripada kes rasuah bernilai RM2 juta pada Julai 2021. Walaupun pendakwa raya mengemukakan rayuan, namun ia ditarik balik pada November tahun yang sama. 

4. Disember 2022: Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim 

Bekas Ahli Parlimen Baling itu dibebaskan daripada tiga pertuduhan rasuah dan enam tuduhan pengubahan wang haram membabitkan projek jalan raya di Perak serta Kedah. Keputusan membebaskan dan melepaskan beliau daripada tuduhan itu dibuat selepas pasukan pendakwaan menarik balik pertuduhan terbabit. 

5. Januari 2023: Tan Sri Shahrir Samad 

Tan Sri Shahrir Samad yang juga bekas Pengerusi Felda dibebas dan dilepaskan daripada kesemua pertuduhan akibat gagal mengisytiharkan hasil pendapatannya, termasuk sumbangan RM1 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Razak pada 2013. 

6. Ogos 2023: Tan Sri Muhyiddin Yassin 

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dibebaskan daripada empat pertuduhan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Beliau berdepan dengan empat tuduhan menyalahguna kedudukannya untuk suapan bernilai RM232.5 juta bagi BERSATU. 

Susulan pembebasan Ahmad Zahid baru-baru ini, suasana politik negara kembali hangat, sekali gus mengingatkan kita bahawa segalanya boleh terjadi kerana pertikaian di mahkamah boleh memberikan keputusan yang tidak dijangka. 

Namun, perlu diingatkan bahawa duluan kes digugurkan tidak eksklusif kepada mana-mana parti atau pakatan, memandangkan ia merangkumi kerajaan serta pentadbiran yang berbeza. 

Justeru, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan sekiranya tokoh politik daripada pelbagai latar belakang berdepan dengan situasi yang sama. 

Berdasarkan sorotan ini, rakyat Malaysia perlu bersikap waras, mengikut perspekstif lebih terbuka dan pada masa sama mengiktiraf setiap keputusan pihak perundangan, yang tidak selalunya mencerminkan pihak bersalah atau tidak bersalah. - The Vibes, 6 September 2023 

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Pantau Janji PRK, Elak Retorik Lama - Santhara

2

Politik 1 bulan yang lalu

Pengundi India Tetap Akan Sokong PH Walaupun Kecewa - Sivarraajh

3

Politik 2 bulan yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Jangan Jadikan Kelemahan Ringgit Senjata Politik - Anwar

Sorotan

1

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

2

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

3

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

4

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

5

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Bas Genting Highlands: Pemandu Direman 4 Hari

Sukan 7 jam yang lalu

Negeri Sembilan FC Sahkan Pemain Import Mika Junco Jadi Mangsa Ragut

Semasa 23 jam yang lalu

Langkah Eratkan Hubungan Dengan Persekutuan Tindakan Bijak - Sultan Kedah

oleh Rafisqi Radhi

Sukan 4 minit yang lalu

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang